Ibu datang menghantar makanan aku senja tadi. Katanya aku berubah. Aku tidak tahu apa yang ibu maksudkan.
"Kenapa Acu selalu termenung? Kadang kadang ibu lihat Acu diam membisu"
"Tak adalah ibu. Acu okey je.Mungkin penat bekerja "
"Acu cakaplah apa pun, Ibu tahu acu tak gembira.Kenapa ni sayang?"
"Tak ada apa apa bu. Acu penat. Apapun terima kasih sayur masak lemak dan ikan masin yang ibu hantar ni.Terima kasih ibu"
Ibu hanya menggelengkan kepala melihat aku yang cuba mengelak. Aku sunyi tiada teman berbual untuk aku luahkan perasaan peribadiku. Aku cuba pujuk hatiku dengan tahajud setiap satu sepertiga malam. Setiap malam selama enam bulan berturut turut aku berjaya bangun tahajud setiap malam. Jika aku uzur, aku luangkan masa dengan mendengar ceramah agama di platform online. Dalam sebulan kadang kadang aku tidak berkomunikasi dengan Zafri . Masing masing melakukan urusan masing masing. Yang pasti buat anak anak kami akan lakukan yang terbaik dari segi layanan dan perhatian. Jika anak anak ke sekolah dan tidur, kami berdua seperti rakan serumah yang membuat hal masing masing.Sepi yang aku rasakan sehingga ke tahap itu.
***
"Acu, Jumaat ini Acu kena pergi Pahang. Kita kena selesaikan urusan dengan pembeli kita ."
"Okey.Nanti acu pergi"
"Acu kenapa muram sangat ni cu?"
"Apa acik cakap ni?"
"Kamu ni kenapa muka macamni sangat"
"Tak ada apa apalah. Apa apa acik email apa yang acu perlu highlight dalam meeting dengan pembeli nanti"
"Baiklah.Jaga diri kamu cu.Makin lama makin kurus kamu ni. "
"Yalah yala,acu balik dulu"
"Jalan baik baik"
"Assalammualaikum cik"
"Waalaikumsalam"
***
Aku hantar mesej pada Zafri pemberitahuan untuk berangkat esok hari. Bercakap dengan Zafri, sudah berminggu aku tidak bercakap dengannya. Hanya menggunakan mesej di telefon. Cukup.
Diana: Esok Diana nak ke Pahang.Ada meeting dengan pembeli.Berangkat pukul 11 pagi.Anak anak ibu dan abah ambil .
Tiada balasan yang aku terima. Aku mengganggap dia setuju sahaja. Jam menunjukkan Pukul 10.30 malam.Mata aku benar benar mengantuk.Selamat malam dunia.
***
Aku meletakkan beg ku di dalam kereta. Selesai berkemas pagi tadi, aku ambil keputusan untuk berangkat awal . Semua kerja sudah diselesaikan selepas subuh tadi. Anak anak sudah aku maklumkan semalam sebelum tidur.Mereka okey sahaja memandangkan Alang dan keluarga akan datang menziarahi ibu dan abah minggu ini.Pasti meriah rumah dengan kedatangan anak anak alang bermain dengan anak anak aku seperti selalu.
Zafri tidak ada sejak pagi tadi.Mungkin dia ke ladang menguruskan kerjanya seperti selalu.
Bismillahirahmanirrahim, semoga perjalananku dilindungi Allah SWT.
***
Tiga jam memandu , aku tiba selepas solat Jumaat.Selesai daftar masuk di hotel, aku solat Zuhur sebentar. Dalam pukul 3 perjumpaan aku dan pembeli tersebut.
Aku menunggu di sebuah kafe tidak jauh dari hotel. Setelah Acik memberi maklumat pembeli tersebut aku mencuba menghubunginya.
Tut..tut
Kedengaran bunyi telefon berdekatan denganku. Aku mencari cari pemiliknya.
"Assalammualaikum Puan Diana"
"Waalaikumsalam.Awak ye?"
"Ya, saya. Saya Encik Farid dan ini isteri saya"
"Oh, ya. Silakan duduk"
Mereka berdua mengambil tempat duduk di hadapanku.
Setelah bermesyuarat selama sejam setengah, kata kata putus sudah dibuat,perjanjian sudah ditandatangani, pembayaran permulaan sudah dibayar,esok aku akan minta adik abang Yassin, Rahman dan beberapa lori sewa yang selalu berurusan dengan kami untuk menghantar 12 ekor kambing dan tiga ekor lembu kepada beberapa buah madrasah di sekitar Pahang.Ini adalah sedekah Encik Farid dan isterinya kepada pelajar pelajar madrasah pilihan mereka.Mulianya hati mereka.
***
Aku berjalan jalan di sekitar Cherating selepas urusan itu selesai. Aku hela nafas perlahan lahan. Rasa lelah itu kerap muncul sejak beberapa ketika ini. Rasa putus asa itu. Bagaimana hendak aku terangkan, aku lelah dalam perjalanan mencari kebahagiaan.Terasa seperti bertepuk sebelah tangan. Damai angin senja itu sedikit sebanyak menenteramkan aku.Aku kembali semula ke hotel.
Semalaman aku berfikir, aku tidak akan kembali ke Seremban. Aku akan menambah semalam lagi hari aku disini. Udara dan angin di Cherating mampu menenteramkan jiwa sepiku. Ya, aku pasti.
*Tolong komen dan vote ya.Terima Kasih*
YOU ARE READING
Dear,You
RomanceBacaan dewasa sahaja. Pertemuan mereka tidak disengajakan.Hadir tanpa dipinta, berpisah tanpa disedari.Namun memori satu malam itu mengingatkan mereka sehingga seumur hidup. Zafri dan Diana. Kedua duanya sudah dimiliki orang lain.Insan biasa yang me...