Kami bertiga berdiri di luar bilik Zafri.
"Ibu, ibu pasti ke dengan apa yang ibu kata tadi?"
"Ya,ibu pasti. Abah macam mana pula"
"Rasanya acu kena cek. Kalau betul,memang sah la apa yang ibu abah rasa selama ni?"
"Tapi acu tak ada rasa apa apa pun bah"
"Memanglah bukan kamu yang merasanya. Sebab ada orang lain yang merasanya"
"Kalau macamtu abah tunggu disini dengan Zafri.Ibu dengan acu pergi cek sekarang"
Kami berdua ibu menganggukkan kepala. Masing masing berdebar menunggu segala kemungkinan yang akan berlaku.
***
Ibu duduk di sebelahku. Doktor di hadapan kami sedang membaca sesuatu pada laporan ujian darah yang diterimanya seketika tadi.
"Puan dah tahu kan? Nak saya buat ultrasound terus untuk kita confirm usia kandungan Puan?"
"Ibu...."
Air mata kami berdua tidak berhenti dari tadi. Tanda syukur dengan apa yang kami tidak sangka selama ini.
Doktor tersebut minta aku baring sebelum dia membuat ultrasound pada kandunganku. Ibu genggam erat tanganku.
"Seperti yang kita lihat,ini bayi bayi Puan. Kandungan Puan dah 14 minggu ya. Puan pregnant kembar dua ya.Puan memang ada adik beradik kembar ke macam mana? Atau pernah lahirkan kembar ni?
"Saya memang pernah lahirkan kembar tiga.Semua dah Darjah 1 sekarang"
"Oh,ye ka.Tahniah Puan ya. Nampaknya Puan okey ya?Puan memang tak tahu ke macam mana ni. Sebab 14 minggu memang dah terbentuk dalam perut puan ya?"
"Saya tak sedar doktor. Saya memang tak tahu. Saya adalah period.Tapi taklah warna merah. Warna coklat. Dalam dua ,tiga hari hilang. Saya fikir saya period.Sebab tu tak expecting"
"Rasanya itu keputihan sebab puan terlalu penat.Memang tak ada period keluar darah merah?"
"Tu tak ada doktor. Cuma saya cepat penat.Alahan memang tak ada"
"Untungnya puan tak ada alahan"
Ibu hanya ketawa selepas tu.
"Dia pregnant kembar, suami dia yang merasai alahan tu dan mengidam Doktor.Dia macamni la. Selamba je. "
Doktor tersebut ketawa selepas itu.
"Apapun tahniah ya.Jaga kandungan baik baik. Boleh buat pemeriksaan setiap bulan dari klinik yang Puan daftar lah ya. "
"Terima kasih doktor"
"Sama sama.Nanti ambil ubat di luar ya"
Kami berdua berlalu keluar meninggalkan bilik doktor.Ibu dan aku tersenyum.
"Macam mana nak bagitahu ni bu?"
"Masuk ni, bagitahu terus. Rasanya Zafri tu memang tak sedar sedar dia alahan tu"
"Baikla bu"
***
"Sayang tak tipu ke?"
"Nak tipu apanya abang.Ni tengok ni"
Aku menyerahkan sekeping foto gambar ultrasound yang diberi doktor tadi.
"Sayang pregnant kembar.Ya Allah.Alhamdulilah"
"Alhamdulilah"
"Kali ni abang nak sayang stay dekat rumah sampai melahirkan. Pergi balik dari ladang dah tak ada. Sayang jangan nak buat kerja kerja berat lagi.Bagi abang buat semua."
YOU ARE READING
Dear,You
RomanceBacaan dewasa sahaja. Pertemuan mereka tidak disengajakan.Hadir tanpa dipinta, berpisah tanpa disedari.Namun memori satu malam itu mengingatkan mereka sehingga seumur hidup. Zafri dan Diana. Kedua duanya sudah dimiliki orang lain.Insan biasa yang me...