"Saya sayang awak"
Kata kata Diana membuatkan aku tersenyum.
"Awak juga membunuh perasaan saya"
Senyuman aku mati.Aku pandang wajah Diana.
"Saya putus asa pada awak"
Kali ini hatiku sebak.
"Saya angkat bendera putih Zaf"
Aku tertunduk membisu.
"Mari kita akhiri hubungan kita"
Kali ini aku tidak mampu menyembunyikan tangisan aku lagi. Aku mahu Diana tahu aku tidak akan pernah setuju.Aku akan berjuang mati matian kali ini.
Aku genggam erat tangan Diana. Aku duduk di sebelahnya.
"Kita cuba sekali lagi sayang. Abang mohon"
Diana memandangku. Dia tertunduk membisu selepas itu. Aku kucup dahinya .
"Maafkan abang sayang. Abang merayu. Kita cuba sekali lagi"
Diana hanya diam . Dia melepaskan pegangan erat tanganku. Dia kembali menyelimutkan dirinya. Aku bangun dan melipat sejadah. Aku kemudian ke dapur dan menyediakan dua gelas air. Perut aku benar benar lapar. Tiada tenaga untuk memujuk Diana. Aku sediakan sandwich dan air coklat untuk mengalas perut. Aku ambil masa untuk makan seketika sebelum aku akan masuk ke dalam bilik. Aku hela nafas. Mencari kekuatan. Beri masa pada Diana perlahan lahan. Jangan terburu buru. Itu yang aku rasa strategi terbaik buat masa ini.
Aku menuju ke bilik tidur. Diana sedang berbaring dan aku hampirinya.
"Sayang makan sikit"
Diana mengalihkan badannya ke sebelah . Membelakang aku.
"Sayang nak abang suap ke. Abang tahu sayang lapar . Sebab tu sayang tak dapat tidur kan?"
Diana bangun selepas itu. Dia mengambil pinggan berisi sandwich. Aku hanya memerhatikan dia makan.Aku hulurkan segelas air padanya. Dia menyambutnya dan mengelak pandangan mata kami bersatu. Aku belai rambut Diana. Diana tertunduk malu padaku.
"Sayang tahu tak,kalau sayang tutup mata sayang akan nampak apa?"
Diana memandangku.
"Gelaplah!"
Aku tersenyum padanya.
"Macam tu lah hidup saya tanpa awak"Aku mengambil pinggan dan cangkir yang telah kosong . Sempat aku usap kepala Diana.
"Saya sayang awak dunia akhirat"
***
Diana
Aku benar benar terkejut dengan apa yang terjadi tadi. Zafri bercakap . Aku boleh dengar suara Zafri dengan jelas. Aku lihat dia bercakap padaku. Dia nyatakan dia menyintai dan menyayangiku. Aku tampar wajahku berkali kali. Itu realiti. Bukan mimpi lagi.
Setelah kenyang aku sambung berbaring. Aku memikirkan hal hal yang berlaku tadi. Zafri tadi adalah Zafri yang aku rindukan selama ini. Ini Zafri aku. Seakan akan aku berada di dua dunia berbeza.Kedengaran Zafri masuk ke dalam bilik. Dia matikan suis lampu dan memasang lampu tidur. Aku boleh rasa dia berbaring di sebelahku. Hatiku berdegup kencang dari tadi.
"Abang tahu awak masih bangun. Abang tak dapat nak sediakan apa apa lagi ,sebab dalam peti dah tak ada apa apa lagi. Esok abang pergi beli barang. Sayang nak makan apa,sayang cakap je"
Aku kekal membisu.
"Sayang nak tahu tak apa berlaku dengan abang selama ni?"
Aku masih juga membisu.
"Abang trauma . Awak tahu tak apa terjadi dengan abang. Abang gaduh dengan Misha masa dekat Berlin. Dia tahu perkahwinan kita dan dia tahu sayang mengandungkan kembar waktu tu. Dia marah sangat. Abang tak sangka kata kata abang melukakan hati dia. Dia juga mengandung waktu tu. Tapi Allah lebih sayangkan dia. Dia meninggal dunia bersama dengan anak abang. Abang tak mampu buat apa apa. Abang trauma sangat bila kenangkan kematian dia dan anak kami. Sayang tahu tak , abang lumpuh. Abang tak mampu berdiri pun. Kehidupan abang musnah. Sampai satu saat Sayang jumpa abang. Abang tak ingat sampai abang lihat gambar perkahwinan kita. Masa tu abang rasa bersalah sangat. Abang lupa abang masih ada kamu semua selama ni. Abang hidup dalam dunia abang sahaja tanpa abang sedar abang dah abaikan kamu semua selama ni. Abang ambil masa terlalu lama berdiam diri sampai sayang putus asa pada abang. Maafkan abang dari hujung rambut sampai hujung kaki. Abang akan usaha berjuang kali ini mati matian demi sayang dan anak anak. "
Aku boleh dengar tangisan Zafri. Kedukaan dia. Air mataku tidak berhenti mengalir dari tadi. Dia memelukku erat. Aku tidak mampu berkata apa apa. Beratnya ujian hidup ini.Sukar untuk aku ungkapkan.
Aku tidur nyaman dalam dakapan Zafri. Aku boleh cium bau badannya. Aku boleh rasa tangannya membelai belai wajahku. Aku boleh rasa bibirnya mengucup dahiku. Aku nyaman. Aku rasakan kedamaian. Semoga hari ini tidak berakhir.
*Tekan vote dan komen ya kesayangan semua*
YOU ARE READING
Dear,You
RomanceBacaan dewasa sahaja. Pertemuan mereka tidak disengajakan.Hadir tanpa dipinta, berpisah tanpa disedari.Namun memori satu malam itu mengingatkan mereka sehingga seumur hidup. Zafri dan Diana. Kedua duanya sudah dimiliki orang lain.Insan biasa yang me...