Bab 66

406 35 1
                                    


Kelihatan hari sudah siang. Zafri masih tidur memeluk erat diriku. Aku benar benar tidur nyenyak . Aku lihat jam di dinding menunjukkan pukul 11 pagi. Ya Allah,lamanya  aku tidur dan aku rasa ini kali pertama aku bangun lewat setelah bertahun tahun sejak aku lahirkan kembar. 

Zafri juga bangun di sebelahku. Dia tersenyum padaku. 

"Abang tunggu awak bangun"

Aku  bingkas bangun.

"Awak mandilah. Saya nak ajak awak keluar"

"Pergi mana?"

"Adalah. Suprise"

Zafri ada kejutan? Apa itu?Aku menuju ke bilik mandi. Rambutku yang diikat aku lepaskan. Mataku kembang.Puas menangis . Namun aku rasa lega. Seakan akan ada beban yang semakin berkurang.

Selepas bersiap ,aku lihat Zafri menungguku di ruang tamu. 

"Awak nak kemana dengan beg ni?"

Pertanyaanku itu membuatkan Zafri tersedar .

"Kita nak ke suatu tempat. Awak kemas baju .Kita pergi semalam je"

"Nak kemana?"

"Adalah.Cepatlah.Saya tunggu awak"

Aku kembali menuju ke dalam bilik semula. Mengemaskan beberapa helai pakaian dan tudung. Segera aku ambil keperluan lain .Aku keluar semula dan Zafri sedang menutup segala tingkap dan elektrik.

"Jom sayang"

Zafri mengambil beg yang berada di tanganku. Dia menuju keluar dan memasukkan beg kami berdua ke dalam bonet. Aku masuk ke dalam kereta dan menunggu Zafri mengunci pintu. Dia masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari rumah inap ini.

"Sayang nak makan apa?"

"Saya nak makan nasi"

"Okey.Kita makan masak lemak daging,boleh tak ?"

"Mana mana awak"

Kami berdua tiba di restoran masak lemak terkenal. Masing masing tidak mampu berkata kata kerana kelaparan. Dari tengah hari semalam aku tidak makan berat. Hanya sandwich yang mengalas perut pukul 2 pagi tadi. Jam pun sudah pukul 3 petang. Lama sungguh tidak menjamah nasi. 

Daging masak lemak dan ikan pari asam pedas disusuli dengan dua pinggan nasi benar benar mengenyangkan perut kami berdua. Zafri ke kaunter membayar makanan dan aku menuju ke tandas untuk membuang air. Namun mataku terpaku melihat sebuah keluarga yang sedang menikmati juadah di sudut lain kedai yang sama.

Itu Razif sedang makan bersama isteri dan anak anaknya. Ada bayi kecil dalam dakapan isterinya. Ya Allah, razeki Razif akhirnya mempunyai darah dagingnya sendiri setelah bebelas tahun menunggu. Aku tersenyum melihat kebahagiaan Razif. Dia benar benar tidak sedar kehadiran aku disitu. Aku doakan kebahagiaan mereka dunia akhirat. 

"Sayang"

Aku memandang Zafri. 

"Dah ke?"

Aku anggukkan kepala. Kami berdua meninggalkan restoran tersebut. Zafri meneruskan pemanduannya menuju ke tempat misteri. 

"Mana awak nak bawa saya ni sebenarnya?'

"Tak nak bagitahu"

"Cakap lah"

"Tak nak"

Aku hanya mendiamkan diri.Malas mahu berteka teki dengan Zafri. Biarlah kemana pun , dia tetap berhak.

"Awak tak nak tanya lagi ke?"

Aku menggelengkan kepala.

"Awak, nak minta kunci boleh tak?"

Pertanyaan Zafri menghairankan aku.

"Kunci apa.Bukan semua kunci dekat awak ke?"

"Bukan kunci tu. Tapi kunci untuk membuka hati awak"

Kenyataan Zafri membuatkan jantungku berdebar debar.

"Zaf"

"Apa Zaf. Panggil abang. Abang ni suami awak"

Aku malu. Ya,aku malu.

"Awak tahu tak, saya ni syurga awak tau. Ladang syurga untuk awak. Panggil abang ke, kakanda ke, honey ke. Ni tak Zaf aje panggil saya. Awak tahu tak saya ni nak juga disayang sayang. Kalau isteri saya panggil abang sayang, seronok juga"

Ya Allah,makin menjadi pula Zafri.

"Ya abang. Abang,boleh fokus memandu tak. Abang slow sangat. Saya pula rasa nak menekan minyak"

Zafri ketawa selepas itu.

"Jangan lupa panggil saya abang sayang tau"

"Tak nak"

"Ala,jual mahal pula"

"Tak nak"

"A.B.A.N.G S.A.Y.A.N.G"

"Ya Allah. Abang. Menjadi jadi usik saya"

"Belum usik tu .Lepas ni lah"

"Astaghfirullahalazim. Dah,saya nak tutup mata kejap. Abang ni tak henti henti usik saya"

"Belum usik lagi ni"

"Okey ,dah dah"

Zafri ketawa terbahak bahak selepas itu. Aku hanya mampu menutup wajahku. Sebenarnya aku menahan rasa geli hatiku dengan kelakuan Zafri. Ya Allah. Lamanya aku tidak menyaksikan semua itu. Terlalu lama hingga aku boleh lupa Zafri yang dahulu.

***

"Sayang, sayang. Dah samapai"

Aku mengalihkan jaket yang menutup mataku.

Aku mengamati kawasan itu. Cherating. 

"Jom, kita daftar masuk dulu. Abang nak solat"

Aku mengikut Zafri yang sudah mengangkat beg. Tangan sebelahnya menggenggam erat tanganku.Kami berdua menuju ke kaunter hotel dan Zafri menguruskan daftar masuk hotel. Aku pandang Zafri dari tepi. Wajahnya semakin matang . Tidak seperti dahulu,berbeza sangat dengan Zafri yang muda yang sangat berani. Kini ,dengan status bapa kepada empat orang anak,lain penampilannya. Lesung pipitnya buat aku gila dahulu. Senyumannya mampu menundukkan aku . Tahi lalat di atas kening , kulit sawo matang dan mata yang meredupkan pandangan mataku, masih sama dalam ingatan aku terhadapnya suatu masa dahulu. 

"Sayang, sayang"

"Kenapa sayang tengok abang macam tu?"

"Huh.Tak adalah"

"Nak menipu abang ya. Abang nampak. Tak payah menipu walau awak guna kaca mata hitam. Saya nampak"

"Tak"

"Nak menipu lagi"

"Tak"

"Sayang, jangan cuba nak menipu saya. Saya nampak ya. Awak pandang saya. Awak gunalah cermin mata berlapis lapis pun, saya tahu . Jangan nak elak elak ya. Saya tahu saya paling kacak di mata awak. Betulkan apa saya cakap?"

"Tak Zaf"

"Apa awak cakap tadi?Ulang"

"Tak abang"

"Cakaplah  ,ya memang sayang tengok abang tadi. Habis cerita"

Zafri membebel dari tingkat bawah sehingga kami tiba di Tingkat 12. Tidak cukup dengan itu , masuk bilik dia kekal membebel mengatakan aku tidak mengakui memandangnya.

"Abang,dahlah abang.Kita dah sampai bilik ni abang. Ya. Saya tengok abang tadi. Abang solat cepat, saya nak pergi pantai ni"

"Awak masih tak boleh solat ke?"

"Saya masih malas nak mandi"

Pandangan wajah Zafri buat aku malu kali ini.

"Biar saya mandikan awak"

Astaga!

*Jangan lupa komen tau.Nak juga dengar komen kalian lepas Zafri boleh bercakap ni*


Dear,YouWhere stories live. Discover now