Aku bangun di tempat yang sangat asing. Aku tahu ini realiti dan bukan mimpi apabila aku ditanyakan soalan berkali kali dari beberapa orang pegawai. Aku benar benar berada di awang awangan. Tiada satu pun mampu aku jawab. Aku tiada jawapannya.
Aku dibawa ke sebuah tempat. Sejuk dan kelam. Namun aku tahu ianya akan menjadi trauma besar padaku. Aku lihat sekujur tubuh, pucat. Kakiku sudah tidak mampu berpijak di dunia nyata lagi. Aku lumpuh bersama sama dengan kedukaan itu.Aku hanya mampu menangis pilu menyaksikan tubuh itu. Ya Allah, kuatkan hati dan perasaanku. Aku tidak mampu mengadapi semua ini. Terasa satu persatu nyawaku diambil , aku tidak mampu mengeluarkan satu perkataan pun. Dunia aku benar benar asing,hanya ada perasaan bersalah.
Kepulangan sekujur tubuh kaku yang dituntut oleh keluarga di Malaysia membawa aku kembali bersamanya. Aku seakan akan tiada di dunia realiti. Aku hanya ada dalam dunia aku sendiri. Segala kesalahan diletakkan padaku. Kematian Misha membuat kehidupanku kelam . Aku benar benar dihantui perasaan bersalah. Kematian Misha dan janin kecil dalam perutnya buat aku putus asa dalam kehidupan ini.
Trauma aku bukan sehari dua. Bertahun tahun aku dihimpit rasa bersalah. Kematian Misha dan anak kami buat aku rasa ingin mati. Aku biarkan diriku dilindungi kegelapan. Aku hidup dalam duniaku sendiri. Aku tidak mampu bercakap walau sepatah perkataan pun. Tanpa sedar bertahun tahun aku ambil masa mendiamkan diri. Aku lumpuh tidak mampu bangun dan berjalan. Aku dibantu untuk bangun dan akhirnya aku boleh berjalan sendiri. Makan masa bertahun. Aku mahu mati sahaja. Itu sahaja yang aku mahu.
Aku boleh dengar setiap bicara orang, tapi aku ambil keputusan untuk tidak mempedulikan . Biarlah 1001 makian dan hinaan, aku tetap akan diam. Itu aku. Aku tidak mahu orang terluka dengan bicaraku. Bicaraku membuatkan isteriku dan anakku mati dalam kemalangan itu. Aku menyesal sehingga kini. Aku masih tidak mampu menerima kenyataan pahit itu.
Kedatangan seseorang dalam hidupku semula benar benar mengubah hidupku semula.Aku lupa kewujudannya selama ini. Aku lupakan dia dan mereka selama mana aku dihantui rasa bersalah ini. Aku tidak ingat pada mereka. Aku pentingkan diri aku. Aku tidak menyedari masih ada jiwa yang terluka dan terseksa angkara aku. Aku fikir dia putus asa padaku .
"Abang, abang ini Diana bang"
Aku kaku membisu.
Aku jijik dengan diriku sendiri.Aku tidak mampu berdepan dengan dunia realiti. Aku kalah dalam menghadapi dunia sebenar.Biar aku diamkan diri sahaja.Mungkin ini yang terbaik.
***
Aku perhati wajahnya. Wajah wanita itu. Dia genggam erat tanganku. Air matanya tidak berhenti mengalir dari tadi. Ya Allah, ini adalah wanita yang aku tinggalkan sejak sekian lama. Mana mungkin aku lupakan dia. Terasa bebanan yang aku tanggung mulai menghilang sedikit demi sedikit. Seiring dengan waktu.
Dia membelai wajahku.Namun aku tidak mampu membalas belaian itu. Aku rasa bersalah sekiranya aku juga belai wajah itu. Setiap apa aku lakukan rasa bersalah menghimpit aku. Aku tidak tahu kenapa. Ingin aku peluk seeratnya wanita ini,namun tubuh badanku memberikan reaksi berbeza. Aku kaku membisu. Kenapa?Aku tidak seharusnya begini.
Gambar yang aku belek sebentar tadi mengejutkan mimpi yang panjang selama ini. Ya Allah, tanpa sedar aku abaikan anak anakku selama ini. Aku tinggalkan mereka. Bertahun tahun tidak wujud sama sekali dalam kehidupan kembar tiga ku. Aku tinggalkan isteri yang setia menunggu aku selama ini. Aku tinggalkan puteriku Riana tanpa aku sedar. Angkara aku tidak berani berdepan dengan dunia realiti.Kejamnya aku pada mereka.
Menemui kembar buat kali pertama ,aku tahan perasaanku. Aku pilu. Dalam masa yang sama aku masih gagal menunjukkan perasaanku. Namun dari dalam lubuk hatiku paling dalam, aku benar benar bersyukur.Mereka membesar dan sihat walafiat.Sangat cerdik dalam berkata kata. Aku ada seorang puteri juga iaitu Risha. Sangat comel, aku benar benar bersyukur atas kurniaan ini. Anak anak lelaki yang menyerupai Diana dan sudah pasti Riana yang membesar menjadi anak yang baik dan sopan. Ingin ku peluk erat mereka semua, namun tubuh badanku masih gagal memberikan respon. Aku kekal kaku.
Tanpa sedar aku sudah masuk dalam kehidupan mereka . Mereka teruja memanggilku Papa. Aku hanya mampu tersenyum di dalam hati. Entahlah, perasaan aku masih dihantui rasa bersalah.
*Jom tekan komen dan vote ya*
YOU ARE READING
Dear,You
RomanceBacaan dewasa sahaja. Pertemuan mereka tidak disengajakan.Hadir tanpa dipinta, berpisah tanpa disedari.Namun memori satu malam itu mengingatkan mereka sehingga seumur hidup. Zafri dan Diana. Kedua duanya sudah dimiliki orang lain.Insan biasa yang me...