Riana hairan dengan kenyataanku.
"Papa cakap apa ni?"
"Adik adik kamu"
"Pa. Serius ke pa?"
"Ya Allah kakak. Kakak kenapa ni?"
"Papa tu yang kenapa?"
"Pa. Papa ni tidur lepas asar .Mana tak mengigaunya papa ni"
"Kenapa papa mengingau?"
"Pa, bila mama lahirkan anak?"
"Ya Allah.Kakak ,apa kakak cakap ni?"
"Mama belum lahirkan baby . "
"Hah,apa kakak cakap?"
"Papa ni hilang ingatan ke apa?"
"Papa hilang ingatan?"
"Mama kan request nak lahirkan baby baby secara ceaser ikut tarikh birthday papa Isnin depan. 28 Julai . Papa lupa ke?"
"Habis,mama ni belum beranak ke?"
"Pa, kalau kakak tidur siang siang hari.Papa marah bukan main. Kalau dia , mengigau dan pakej hilang ingatan sekali. Papa, mama dekat rumah nenek . Ada makan makan malam nanti. Pa,bangun pa"
Aku segera berlari menuju ke rumah mertuaku di sebelah. Kelihatan Diana sedang mengupas bawang bersama dengan beberapa biras aku yang lain. Aku segera memeluk erat Diana. Aku cium dahinya. Aku peluk erat Diana.Diana yang kehairanan dengan sikapku segera menjauhkan diri dari aku.
"Abang kenapa ni bang. Ramai orang tengok ni abang."
Kedengaran biras ku yang lain mengusik aku.
"Tak dapat tunggu jam lain lagi suami acu ni"
"Ya Allah, Zafri ni dah kenapa?"
"Tak sabar lagi suami acu ni"
Aku tidak peduli.Aku sangat tidak menyangka. Rupanya aku tidur di siang hari. Bermimpi di siang hari. Mimpi yang sangat ngeri. Tidak mahu aku ulang semula mimpi itu. Sudah cukup buat aku trauma. Aku benar benar bermimpi ngeri di siang hari.
"Ya Allah,peliharalah hubungan kami isteri dan anak anakku, akanku jaga mereka sebaik mungkin"
***
Diana masuk ke dalam bilik pembedahan dengan linangan air mata. Aku setia di sisi Diana dalam proses kelahiran kembar kami. Diana sangat sedih kerana mengenangkan kembar tiga. Masih mahu bermanja manja dengan mereka padahal jarak kelahiran sudah lapan tahun. Katanya Diana belajar hidup sebenar semasa membesarkan mereka seorang diri. Aku hanya mampu melihat Diana yang masih cuba memujuk dirinya untuk sedia menerima orang baru dalam keluarga. Puas kembar tiga memujuk Diana. Kata mereka semua akan baik baik sahaja. Makin mejadi jadi kesedihan Diana. Aku hanya tepuk dahi melihat rapuhnya Diana semakin dekat kelahiran.
"Sayang dah la. Abang ada untuk sayang"
"Kesian baby R tiga orang tu"
"Diaorang okey je sayang. Excited nak ada adik lagilah"
"Abang ni. Tak faham"
"Yalah. Istighfar.Insha Allah semua akan baik baik."
Diana hanya anggukan kepala. Tidak tahu bagaimana lagi mahu memujuk Diana.
"Okey Puan Diana dan suami. Saya mulakan sekarang ya"
Kami berdua menganggukan kepala. Setengah badan Diana dibius dan aku kekal menenangkan Diana. Mengucapkan kata kata semangat pada Diana. Aku genggam erat tangan Diana. Diana setia memandang aku . Aku nampak jelas wajah nya. Penuh harapan dan kasih sayang padaku. Sempat aku kucup dahi Diana.
YOU ARE READING
Dear,You
RomanceBacaan dewasa sahaja. Pertemuan mereka tidak disengajakan.Hadir tanpa dipinta, berpisah tanpa disedari.Namun memori satu malam itu mengingatkan mereka sehingga seumur hidup. Zafri dan Diana. Kedua duanya sudah dimiliki orang lain.Insan biasa yang me...