Percutian kami berdua benar benar mengubah Zafri dan Diana yang dulu. Kami berdua mendapat nafas baru . Kepulangan anak anak yang dirindui benar benar mengejutkan mereka berempat.
"Papa , serius ke papa bercakap"
"Kakak fikir papa ni makhluk asing ke?"
"Ya Allah ,papa. Riana rindu papa"
"Papa rindu awak juga sayang. Macam mana percutian?"
"Best sangat. Adik adik semua teruja . Meriah dengan diaorang yang tak penat penat"
"Baguslah. Sini anak papa, Risya princess papa, Rafa kapten dan Rafi bijak pandai papa. Best ikut nenek dan atuk?"
"Best pa. Papa tak rakam suara ke ni? Papa tak bisu lagi ye?".Rafa memang tidak tahan lagi.
Zafri ketawa terbahak bahak. Risya dan Rafi hanya berpandangan sesama sendiri.
"Mama tak salah orang ke bawa balik ni?"
"Mama tak salah orang.Ni memang papa kamu"
Zafri menerangkan pada mereka . Kedengaran riuh rendah selepas itu apabila Zafri sudah mengeluarkan perangainya yang asal. Kuat mengusik . Kalau sudah aku yang selalu diusik dengan Zafri, apatah lagi anak anaknya yang semuanya mengikut perangai Zafri . Riana peluk erat aku dari belakang.
"Mama dah okey?"
"Ya sayang. Maafkan mama tau"
"Kenapa harus minta maaf ma. Itu untuk kebahagiaan mama"
"Mama rasa bersalah tinggalkan kamu waktu tu"
"Jangan risau ma. Nenek dan atuk ada . Riana faham mama struggle dengan mama punya emosi"
"Terima kasih sentiasa ada sokong mama.Mama sayang kakak"
"Kakak sayang mama juga"
***
"Papa, Rafa nak tanya kenapa suara papa baru keluar?"
Pertanyaan Rafa menghentikan Zafri yang sedang mencuci beranda rumah.
"Papa baru dapat suara papa balik"
"Mana suara papa sebelum ni?"
"Ada je . Cuma papa tak mampu bercakap"
"Ada ke macamtu pa?"
"Ada. Macam papa lah."
Wajah Rafa masih tertanya tanya. Riana datang memanggil Rafa. Kelihatan Riana sedang menerangkan kepada Rafa kenapa Zafri mendiamkan diri selama ini.
***
"Abang tak tahu macam mana nak explain"
"Ya, saya faham. Cuma budak budak tiga orang tu tak puas hati dengan jawapan abang. Kakak Riana pun dah cakap.Masih tak puas hati.
"Kalau macmtu, nanti abang cakap dengan mereka bertiga. Biasalah tu. Tiba tiba dengar abang bercakap,mesti mereka semua ambil masa untuk terima"
"Okeylah kalau macam tu abang"
***
"Anak anak kesayangan papa Rafa,Rafi dan Risha.Mari sini"
Mereka bertiga berlari menuju Zafri yang sedang duduk di atas sofa.
Risha duduk di pangkuan Zafri manakala Rafa dan Rafi duduk di sebelah papa mereka.
"Papa nak bagitahu, kenapa papa sekarang ni dah bercakap"
"Kenapa pa?"
"Sebab papa dah ada keyakinan semula untuk bercakap. Dulu papa pun bercakap macam biasa. Lepas tu papa ditimpa kemalangan. Masa tu papa trauma sangat. Maksud papa, papa takut sangat. Terbayang bayang di fikiran papa. Sampai papa tak berani bercakap dengan sesiapa pun. Lepas tu mama datang. Masa tu kamu semua dah jumpa papa. Papa masih diam kan. Lepas tu papa rasa sampai bila papa nak diam kan. Papa bukan bisu pun. Papa teringin juga nak usik kamu semua. Nak gurau ,nak cakap dengan kamu semua. Papa minta maaf papa diamkan diri selama ni. Papa janji papa takkan macam tu lagi. Papa sayang sangat kamu semua. Papa nak jadi papa yang terbaik. Papa tak dapat jaga kamu semua waktu kecil . Beri papa peluang jaga dan didik kamu sampai kamu besar. Boleh anak anak papa?"
Mereka bertiga memeluk erat Zafri. Aku hanya sayu memandang dari kejauhan.
"Boleh papa. Kami sayang papa"
***
"Acu,kenapa acu tak angkat panggilan acik?"
"Kenapa cik.Acik ada call ke?"
"Ada. Cuba kamu cek?"
Aku memeriksa panggilan di telefon. Ada 3 panggilan tidak berjawab.
"Telefon silent cik. Memang acu tak perasan"
"Acik nak bagitahu ni, acik nak hantar rombongan meminang. Acik nak bagitahu nak tumbangkan dua lembu untuk majlis kahwin acik tu nanti"
"Ya Allah, acik nak kahwin ke? Dengan siapa?"
"Dengan kawan lama acik. Acik jumpa dia setahun yang lepas"
"Ya Allah.Tahniah acik. Acu gembira untuk acik."
"Terima kasih. Acik ni tua tua baru ada jodoh."
"Tak apa lambat cik. "
"Itulah. Nasib ada anak anak buah tolong hiburkan hati acik selama ni"
"Semoga acik bahagia dengan pilihan acik. Acu gembira sangat untuk acik"
Kami berdua hanya mempu mengenangkan kenangan kami berdua sama jatuh dan bangun dalam perniagaan kami berdua. Acik sentiasa ada buatku. Acik pendorong buat aku selama ini dalam menjalani perniagaan yang sangat mencabar. Acik beroleh kebahagiaan akhirnya dan membuatkan aku sangat bersyukur. Akhirnya setelah lama menunggu, jodoh acik hadir juga.
***
"Sayang, sayang"
"Apa abang"
"Dekat kebun abah ada buah manggis tak? "
"Ada rasanya.Cuma belum berbuah"
"Boleh tak ikut abang pergi gerai buah depan simpang kampung nanti"
"Kenapa bang.Abang nak ke? Saya rasa dekat belakang homestay ada yang dah berbuah"
"Ye ke?Abang nak pergi ambillah"
"Nanti saya tanya dekat abah. Rasanya alang datang haritu ada ambil sikit"
"Yalah"
Aku segera memanggil abah.Abah yang sedang mencuci motosikalnya terkejut dengan panggilanku.
"Kenapa cu?"
"Pokok manggis dekat homestay masih ada yang berbuah ke bah?"
"Ada lagi cu. Kenapa cu"
"Abang Zafri tanya. Katanya nak makan"
"Kalau macamtu kejap lagi abah dan ibu ambil. Nak singgah ambil buah langsat sekali dekat kebun abah ni"
"Ambil lebih sikit buah lain kalau ada abah. Abang ni kalau tetiba nak makan, sekarang juga dia nak"
"Yalah.Nanti abah tengok tengokkan"
***
Kedatangan abah dan ibu petang itu membawa pelbagai jenis buah buahan. Zafri seperti biasa , dia yang menjadi orang pertama makan menghadap buah buahan itu.
"Sedapnya bu. Masam masam manis"
"Ya Allah bah, kenapa buah abah tanam sedap sangat ni"
"Tak boleh tak makan ni. Mesti makan.Nasib musim buah sekarang"
Abah dan ibu hanya tersenyum melihat kelakuan Zafri.
"Ibu,nanti ibu masakkan sayur paku masak lemak boleh tak bu. ?"
"Boleh Zafri.Nanti ibu masakkan"
"Kenapa tak suruh Diana masak bang?"
"Abang nak rasa masakan ibu la sayang"
"Diana masak tak sedap ya?"
"Bukan sayang. Abang nak rasa masakan ibu .Itu sahaja.Janganlah cemburu"
Ibu dan abah hanya menggeleng gelengkan kepala.
"Kenapa macam budak budak ni. Hari ni kamu rehat acu. Makan rumah ibu dan abah ya"
Aku hanya menganggukan kepala. Zafri bukan main sekarang ya,sikit sikit ibu masak. Rasanya sudah sebulan aku tidak memasak.Dia hanya nakkan masakan ibu. Ibu pun rajin melayan selera dia. Merajuk aku tau.
*Jangan lupa tekan vote dan komen ya sayang sayang semua*
YOU ARE READING
Dear,You
RomanceBacaan dewasa sahaja. Pertemuan mereka tidak disengajakan.Hadir tanpa dipinta, berpisah tanpa disedari.Namun memori satu malam itu mengingatkan mereka sehingga seumur hidup. Zafri dan Diana. Kedua duanya sudah dimiliki orang lain.Insan biasa yang me...