Aku sudah kembali ke rumah. Aku mengemas keperluan yang dibawa hari itu. Zafri menjemput Riana di sekolah.Cuti sakit aku sehingga Khamis. Doktor minta aku berehat secukupnya.
"Mama,mama dah okey ke?"
"Dah sayang.Riana nak makan.Mama dah masak "
"Sempat juga kau masak"
"Ya,abang nak makan ke sekali?"
"Boleh juga"
Aku menyediakan makanan tengah hari buat dua beranak.Berselera sungguh mereka berdua menikmati ayam sup dan sayur kobis goreng. Riana menawarkan diri untuk membasuh pinggan dan mengemas meja.Aku setuju kerana selama Riana tinggal bersama aku ,aku sudah melatih dia agar lebih berdikari.
Zafri tidur kepenatan di atas sofa. Aku letakkan bantal di kepalanya. Riana pula selepas menyiapakan kerja di dapur terus mandi dan tidur petang.Penat . Aku pula baru ingin melipat pakaian yang tidak sempat aku lipat hari itu.
Selepas asar baru Zafri bangun.Dia menuju ke dapur dan tidak lama selepas itu membawa dua cangkir kopi panas.Dihulurkan secangkir padaku.
"Aku nak naik ke atas ,mandi."
"Abang,sekejap.Apa beza lipan dengan abang?"
"Lipan pula sekarang Diana. Lipan serangga lah.Aku manusia"
"Salah,lipan kaki banyak.Abang saya sayang banyak banyak"
Zafri meletakkan cangkir kopinya di atas meja. Dia mengangkat aku dan membawa aku naik ke atas. Hilang sabarnya pada aku . Baru engkau tahu Zafri , nak isteri tak segan.Beginilah jadinya.
***
Kedengaran Riana mengetuk pintu di luar. Aku cepat cepat bangun dari katil dan memakai pakaian. Zafri sedang tidur dan aku selimutkan dia.
"Mama"
"Sekejap,mama keluar"
Aku segera keluar dan minta Riana turun ke bawah.Tidak mahu aku dia melihat keadaan papanya yang seperti itu.
"Riana,jom turun bawah.Mama buat jus guava. "
"Okey mama"
***
"Papa nak kemana ?"
Zafri melihat wajah Riana sebelum mengalihkan pandangan padaku.
"Papa ada kerja sayang"
"Papa balik rumah isteri papa ya?"
Zafri diam. Tidak mampu berkata apa apa.
"Riana, sini"
Aku lihat kekecewaan pada wajah Riana.
"Papa kena bahagikan masa pada dua keluarga sayang. Ada hari dengan kita, ada hari dengan keluarga papa satu lagi.Kalau tak Allah marah papa sebab tak berlaku adil .Kesian dengan papa kan kalau Allah murka dengan papa"
Riana cuba memahami kata kataku.
"Okeylah papa.Jaga diri.Riana sayang papa"
Dia bersalam dengan Zafri dan terus berlalu masuk ke dalam biliknya.Kami berdua hanya mampu berpandangan.
" Aku jalan dulu"
Aku menghampirinya.Aku salam tangannya dan aku peluk erat dirinya.
"Jaga diri baik baik abang.Hati hati memandu"
Zafri berlalu pergi selepas itu.Walau berat ,namun aku terpaksa. Aku sangat menyayangi Zafri.Aku mahukan yang terbaik buatnya.Aku sayang kau Zafri sepenuh hatiku.
***
Dua bulan berlaku, Zafri akan balik ke rumah setiap hari Isnin,Khamis dan Sabtu. Aku tahu penerbangan Misha adalah pada hari itu. Kadang kadang boleh jadi empat hari untuk aku dan Riana.Akan ada hari Ahad dimana Misha terpaksa melakukan penerbangan tambahan. Kami bertiga akan meluangkan masa berjalan jalan . Riana lebih bersikap menerima sekarang.Tiada lagi kurang ketidakpuasan hatinya . Dia sangat gembira jika kami bertiga dapat bersama sama.Jikalah sepuluh tahun lepas dapat diulang, mungkin takdir lain buat kami bertiga.Sudah suratan takdir,aku redha.
Petang itu kami bertiga bersiar siar di sekitar Taman Reakrasi. Zafri minta singgah sekejap di gerai menjual colek mangga.Katanya tekak nya ingin merasa kemasaman buah mangga itu.
"Abang, cukup ke.Sekejapnya abang makan?"
"Beli satu lagi boleh tak"
Aku anggukkan kepala.Kami berdua Riana ke gerai semula membeli asam colek itu.
Zafri makan dengan penuh selera.
"Abang kenapa ni.Tak pernah pernah makan asam colek ni"
"Tak cukup masam ni.Abang cari asam yang masam lagi"
Aku sungguh terkejut dengan kenyataan itu.
"Abang cakap tak masam?.Saya makan sepotong ni mata saya dah terpejam.Abang habiskan dua kontena abang cakap tak masam"
"Ya.tak masam ni"
"Papa,tengok sana.Orang jual asam hijau.Mungkin itu yang papa cari"
Zafri bangun dan meninggalkan kami berdua terpinga.Sah,dia ke gerai tersebut.
*Rasanya ada bau bau baby ni.Siapa punya Misha ke Diana.Tolong vote dan komen ya.Sayang kalian semua"
YOU ARE READING
Dear,You
RomanceBacaan dewasa sahaja. Pertemuan mereka tidak disengajakan.Hadir tanpa dipinta, berpisah tanpa disedari.Namun memori satu malam itu mengingatkan mereka sehingga seumur hidup. Zafri dan Diana. Kedua duanya sudah dimiliki orang lain.Insan biasa yang me...