Kundasang Sabah,
Aku hanya menyaksikan Diana sedang menonton televisyen dari tadi. Wajahnya redup dan sesekali dia tersenyum menonton televisyen. Aku pula berpura pura membaca buku. Aku fokus memerhatikan Diana sebenarnya. Bagaimana hendak aku berbicara dengan Diana. Mulutku terkunci, tidak mampu mengeluarkan suara. Berat untuk berbicara. Aku ambil telefonku. Berniat ingin menarik perhatian Diana.
(NAK KOPI AWAK BUAT)
Kelihatan Diana sedang melihat mesej yang aku hantar. Dia memandang padaku. Aku berpura pura fokus pada telefon.
Diana bangun dan menutup tirai di dalam homestay yang kami diami. Kesejukan dari tadi menyebabkan kami berdua tidak dapat tidur. Baju aku sudah 3 lapis aku pakai, kesejukan itu menggigit tubuh . Diana memanaskan air dan menyerahkan aku secangkir kopi selepas itu. Tiada ungkapan yang hadir dari bibirku. Dia berlalu menuju ke katil . Mungkin dia sudah mengantuk. Aku lihat dia menyelimutkan dirinya dari kepala hingga ke kaki.
Jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Kabus tebal melindungi pemandangan homestay. Aku pandang Diana yang sedang di dalam selimut. Kelihatan dia menggigil sejuk. Aku tutup televisyen dan lampu utama. Aku hampiri Diana. Aku baring di sebelah Diana. Aku rindukan Diana. Ini masa kami berdua duaan sejak sekian lama. Aku rindu bau Diana. Aku rindu pelukan Diana. Aku rindu senyuman Diana. Aku alihkan selimut Diana. Aku lihat dia benar benar kesejukan. Aku peluk erat Diana. Aku bawa dia dalam dakapanku. Aku mahu dia rasa hangat tubuh aku. Aku mahu dia tidur dengan selesa. Biarlah apa yang berlaku kemudian hari, dia isteriku. Aku mahu dia rasa aku masih ada dengannya.
***
Diana
Pelukan erat Zafri membangunkan lenaku. Aku boleh rasa dia mengusap ngusap belakangku. Aku boleh rasa hela nafasnya.Aku boleh rasa kucupun di dahiku. Lama aku tidak dibelai seperti ini. Aku tidak menyangka sekian lama,Zafri peluk erat aku. Aku menangis pilu. Tidak mampu aku menahan tangisanku.
Zafri peluk erat aku semula. Seakan akan memberi isyarat supaya aku usah menangis lagi. Aku pukul belakang Zafri. Aku marah . Tidak tahu apa hala tuju hubungan kami. Apa Zafri mahukan sebenarnya jika semata mata ingin menyeksa zahir dan batinku .
"Abang jahat.Saya benci abang"
Semakin erat pelukan Zafri. Aku menolak Zafri. Namun apalah kudratku. Zafri memeluk aku dengan sekuatnya. Aku kalah. Sesungguhnya aku rindu pelukannya. Aku rindu bau Zafri. Aku rindu helaan nafas Zafri.
Shhhhhhhhhhhh
Aku tidur lena dalam pelukan Zafri selepas itu. Aku nyaman dalam dakapan itu. Zafri, Zafri.
***
Subuh itu ,apabila aku bangun Zafri sudah tiada di sisiku lagi. Dia sedang menunaikan solat subuh. Aku bingkas bangun dan menuju ke bilik air. Kelihatan , ini rutin sama akan berlaku selepas ini. Masing masing dengan dunia masing masing.Itu sudah pasti.
Perjalanan ke ladang teh Ranau sepi. Zafri memandu di sebelah. Aku pula melihat pemandangan di luar tingkap.Panggilan telefon mematikan lamunanku.
"Assalammualaikum Diana"
"Waalaikumsalam"
"Diana dimana sekarang. Tadi Razif singgah sekejap di rumah Diana, tak da orang.Niat nak jumpa Diana sekejap tadi"
"Ya, Saya tak ada Razif. Saya di Sabah sekarang.Jalan jalan ."
"Oh,ya ke?"
"Ya,"
"Awak jaga diri tempat orang tau"
"Baiklah.Terima kasih "
"Sama sama. Saya letak telefon dulu.Enjoy your holiday"
"Thank you"
Panggilan dimatikan serta merta.Aku hanya menggeleng gelengkan kepala. Lama juga Razif tidak menghubungiku. Aku lihat sebelah. Zafri fokus pada pemanduannya, Aku kembali merenung keluar jendela. Tanganku digenggam erat oleh seseorang. Eh,kenapa ni Zafri?
*Jangan lupa tekan vote dan komen ya*
YOU ARE READING
Dear,You
RomanceBacaan dewasa sahaja. Pertemuan mereka tidak disengajakan.Hadir tanpa dipinta, berpisah tanpa disedari.Namun memori satu malam itu mengingatkan mereka sehingga seumur hidup. Zafri dan Diana. Kedua duanya sudah dimiliki orang lain.Insan biasa yang me...