Bab 63

367 38 1
                                    

"Apa khabar Diana?"

"Baik Razif. Kenapa datang sampai sini.Siapa bagitahu awak saya disini?"

"Saya pergi rumah tadi. Abah awak cakap awak disini"

"Oh,ye ke? "

"Ya, boleh kita bercakap Diana?"

Aku minta Razif duduk. Aku masuk ke dalam rumah. Tidak lama kumudian aku keluar. Aku hulurkan segelas cangkir pada Razif"

"Nah"

Razif mengambilnya dan mengirup secangkir teh. Aku mengambil tempat duduk di sebelahnya. Kami berdua sedang duduk menghadap sungai yang mendamaikan.

"Apa awak nak cakap Razif?"

"Saya datang sebab nak tahu, awak okey ke Diana. Awak berubah sangat Diana. Awak tak bahagia ke?"

Aku letakkan cangkirku di atas meja. Mencuba mengumpul kekuatan .

"Saya okey Razif. Jangan risau"

"Saya ada untuk awak Diana. Jangan rahsiakan apa apa dari saya. Kita kawan"

"Saya okey. Mungkin banyak sangat kerja di ladang. "

"Saya bertanya sebagai kawan lama awak Diana. Jangan bohong saya"

"Saya okey Razif. Saya perlu masa untuk berfikir. Jangan kecil hati dengan saya"

"Saya sentiasa ada jika awak perlukan apa apa Diana. Apa apa jaga diri. Ingat, saya sentiasa ada untuk awak"

"Ya,terima kasih Razif"

Petang itu kami mengimbau kenangan kami berdua semasa belajar dahulu. Kisah kawan kawan lama sewaktu kami berdua belajar dahulu.Sungguh aku sangat terhibur dengan kisah lama kami dahulu. Sedikit sebanyak membantu aku menghilangkan sepi aku. 

***

Zafri Shah

Sudah berapa kali aku menyaksikan pemandangan ini. Diana pasti tersenyum gembira apabila bersama sidia. Hati aku benar benar sakit. Sukarnya untuk aku bertahan dengan semua ini. Adakah Diana akan bahagia jika bersama dia. Adakah aku harus mengalah dengan dia. Aku mahu Diana bahagia. Aku tidak mampu membahagiakan Diana. Diana diam apabila dengan aku. Diana putus asa dengan aku. Melihat wajah aku pun Diana tidak sudi.Mana tempat aku dalam hati Diana. Adakah aku perlu mengalah sahaja dan biar Diana membina kebahagiaannya sendiri. 

"Zafri, sini Zafri. Ada benda acik nak bagitahu"

Kehadiran acik di beranda rumah petang itu mengejutkan aku. Wajahnya serius dan baru pertama kali aku melihat wajahnya muram seperti itu.

"Kau nampak beberapa kali kan .Kau tahu apa aku maksudkan bukan. Aku tahu kau lelaki yang baik Zafri. Kau jaga anak anak kau dan kau jaga rumah ni . Kau bertanggungjawab dengan mereka. Aku tak pasti sampai bila kau nak begini dengan Diana. Jika kau tak mampu bahagiakan dia,mungkin kau tahu apa yang perlu kau lakukan. Kami semua hampir hilang Diana beberapa kali . Dia murung . Dia punya mental kadang kadang kau takkan jangka dia mampu lakukan . Aku puas lihat kejatuhan dia . Sebagai abang dia dan sebagai pakcik kepada anak anak kamu berdua,kau fikir dalam dalam. Riana dah besar.Mungkin dia faham bila kamu berdua tak sehaluan lagi. Kita dah hilang Diana yang dulu. Aku tak mampu kembalikan dia yang dulu. Kau faham tak perasaan bila kau hilang orang yang berbeza. Aku tak dapat nak buat apa apa lagi Zafri.Mati akal aku.Kau tahu sebagai lelaki kuasa ada dekat kau. Terpulang pada kau"

Kata kata acik membuatkan aku berfikir seketika. Seakan Acik tahu apa yang aku nampak dan rasa selama ini. Biarlah apa yang akan mendatang. Aku mencuba memulakan perjuangan aku untuk mengembalikan senyuman pada wajah isteriku. Ini pusingan terakhir buat kami berdua. Jika tidak berhasil aku akan menuruti segala permintaan Diana asalkan dia bahagia. Aku cuba demi Diana . Demi hubungan kami. 

*Jangan lupa tekan vote dan komen ya*

Dear,YouWhere stories live. Discover now