"Sekarang ni,kenapa tangan awak disini"
Aku minta Zafri lihat pada tangan aku yang digenggam olehnya.Dia melepaskan tanganku selepas itu.
Dia terus meneruskan pemanduannya. Aku kembali merenung keluar tingkap.Sukar untuk aku ramal perangai Zafri .
Pemandangan luas ladang teh di Ranau mendiamkan aku. Aku hirup nafas dalam dalam dan lepas perlahan lahan. Seakan akan ingin melepaskan betapa aku tidak pasti dengan hala tuju perhubungan aku dan Zafri. Zafri kekal berdiam diri. Aku tidak tahu bagaimana lagi hendak meneruskan hubungan kami. Sampai bila harus begini. Aku tidak pasti.
Aku fokus mengambil gambar di sekitar ladang teh tersebut. Tanpa aku sedar ,aku tergelincir dan ya Allah, ada ular disebalik pokok teh . Ular tersebut menjalar ke arahku. Tidaklah besar,namun aku benar benar ketakutan. Ya Allah,lindungi aku. Aku takut Ya Allah.
Tangisan aku semakin kuat. Kedudukan aku dan ular tersebut semakin dekat. Aku hanya pasrah. Tidak mampu bergerak.Hanya kaku disitu.
"Diana"
Jeritan itu mengejutkan aku. Aku dengar seseorang memanggilku.
"Diana, Jangan begerak"
Ya Allah, itu suara dia.Adakah ini hanya mimpi?
"Diana,sabar.Abang datang"
Zafri menghampiriku. Ada beberapa orang pekerja di ladang itu cuba mengalihkan pandangan ular tersebut dariku. Aku sudah tidak mampu berbuat apa apa. Zafri di belakangku menenangkan aku. Tapi satu aku sedari. Zafri berkata kata. Sekarang aku tidak ingat pada ular yang sedang memandangku. Aku fokus pada butir kata kata Zafri.
"Diana, abang disini"
"Diana bertahan ya"
"Diana, sabar "
"Diana"
"Diana"
"Diana"
"Diana"
Seakan akan semua terhenti, aku tidak mampu berkata apa apa lagi. Yang aku rasa, dunia aku gelap dan sepi.
***
"Puan"
"Puan"
"Puan"
Aku membuka mataku.
Kelihatan beberapa orang yang aku tidak dikenali memandangku. Zafri di sebelahku.
"Puan okey ke?"
"Saya dimana?"
"Puan di ladang teh"
"Apa jadi pada saya?"
"Puan pengsan. Mungkin terkejut dengan ular tadi. Puan jangan risau,puan selamat sekarang"
Aku mengurut urut dadaku. Namun aku pasti,aku dengar suara Zafri tadi. Aku pandang wajahnya. Dia sedang menaip mesej pada telefonnya.
"Abang"
"Abang"
Zafri memandangku. Masih sepi dan seperti selalu. Siapa yang aku dengar tadi. Ya,aku pasti itu suara Zafri. Aku boleh ingat suara itu. Suara yang aku rindukan sejak dari dulu. Namun dia masih mengunci bicaranya.
Aku kembali diam. Entahlah. Sukar aku ungkapkan perasaan ini. Aku tidak suka perasaan ini. Perasaan terkilan terhadap diri sendiri.Mungkin aku terlalu mengharapkan yang berlebihan dari Zafri.
***
Kepulangan kami berdua ke Seremban semakin membuatkan aku murung.Aku tidak mampu membezakan dunia dan realiti. Masih terngiang ngiang suara Zafri di telinga dan mindaku. Namun realitinya dia masih berdiam diri padaku. Aku sepi sepanjang perjalanan kami. Tiada kata kata yang mampu aku bicarakan lagi padanya. Seakannya aku sudah hampir putus asa. Aku putus asa .Ya,aku putus asa.
***
"Mama sihat ke? Kenapa pucat sangat?"
Riana memandangku. Aku peluk erat Diana.
"Mama okey,jangan risau"
"Mama lain sangat sekarang ni. Mama tak happy ke bercuti dengan papa?"
"Happy sayang.Mungkin mama penat.Terima kasih jaga adik adik tau"
"Sama sama ma. Adik adik semua dengar cakap. Baik macam mama juga"
"Riana mama pun baik sangat.Baik pada adik adik. Baik pada mama.Baik pada pa...."
Aku mengalirkan airmataku tanpa aku mampu tahan. Pilunya aku rasa. Sukar untuk aku ungkapkan.
"Kenapa mama nangis?"
"Mama mungkin rindu sangat pada kamu semua.Maaf ya sayang"
Riana mengelap air mataku. Aku peluk erat Riana. Aku cuba membina kekuatan aku semula. Jikalah tiada anak anakku,mungkin aku sudah pergi meninggalkan dirinya sekarang. Itu pasti.
***
Aku leka melihat beberapa ekor kambing sedang diberi mandi oleh abang Yassin.
"Acu, boleh kita bercakap cu?"
"Apa cik"
"Acik nak minta tolong ni, dalam minggu ni hari Khamis,boleh Acu pergi ke Melaka tak? Sebab ada seorang pembeli nak beli kambing untuk ladang dia. "
"Okey cik.Nanti acu pergi"
"Minta Zafri teman acu. Sebab tak sesuai kalau acu pergi sendiri. "
"Selama ni,okey je acu pergi seorang?"
" Minta Zafri teman. Acik dah bagitahu dia tadi"
Acik pergi berlalu meninggalkan aku. Aku taknak boleh tak? Aku dah tak sanggup nak berdua duaan dengan Zafri. Aku murung dengan situasi ini. Aku sepi. Kenapa tiada seorang yang memahami aku.
*Jangan lupa komen dan tekan vote*
YOU ARE READING
Dear,You
RomanceBacaan dewasa sahaja. Pertemuan mereka tidak disengajakan.Hadir tanpa dipinta, berpisah tanpa disedari.Namun memori satu malam itu mengingatkan mereka sehingga seumur hidup. Zafri dan Diana. Kedua duanya sudah dimiliki orang lain.Insan biasa yang me...