Bab 7

632 19 1
                                    

Semalaman aku bersendirian di rumah ibu dan abah.Mereka akan sampai lewat petang nanti. Aku mahu menjemput mereka.Namun Kak Long cepat cepat minta supaya aku mengalah.Katanya dia sangat rindukan ibu dan abah.Mereka akan bermalam di rumah Kak Long dulu.Esok baru sampai disini.Deringan telefon dari tadi aku biarkan. Aku tidak sanggup menyambut panggilan itu.Panggilan dari sidia. Lelaki yang menakluki aku .

Aku baru sahaja menyidai pakaian aku.Aku lihat baju yang aku pakai semalam.Baju yang menyaksikan aku dan sidia bersama.Jijiknya aku bila aku teringat betapa murahnya aku menyerah diri pada dia. Kenapa aku dikusai nafsu sahaja.Aku malu pada diriku sendiri.Namun aku manusia biasa.Ada nafsu dan akal fikiran .

Aku benar benar penat hari ini. Aku mahu menutup mata dan perlu masa sendirian. 

"Diana ,Diana.Keluar Diana"

Kedengaran suara di luar memanggil aku.Aku bingkas bangun.Siapa ini?

Aku segera membuka pintu .

"Apa awak buat disini?"

"Saya call awak,awak tak angkat"

"Saya perlu masa Zaf.Awak nak apa lagi?"

"Saya nak jumpa awak"

"Awak tak penat ke.Awak baru hantar saya pagi tadi.Apa lagi Zaf"

"Sorry Diana.Saya rindu awak"

"Awak rindu badan saya Zaf.Bukan saya"

"Awak tak tahu siapa saya Diana"

"Saya tahu.Awak nak tubuh saya je"

"Diana,please.Saya nak jumpa awak.Saya takkan goda awak.Saya nak bersama awak"

"No Zaf. Saya benar benar penat"

"Lain kali angkat panggilan saya.Jangan buat saya tak keruan Diana"

Aku hanya mengganggukan kepala.Jiran sebelah rumah sudah menjenguk dari tadi.Aku tidak mahu membesarkan keadaan.

"Awak baliklah dulu.Apa kata jiran saya nanti. Esok ibu dan abah saya balik"

"Kalau macam tu malam nanti kita keluar sekejap.Boleh tak"

"Zaf"

"Please Diana.Sebelum mereka balik"

"Awak ambil saya lepas Isyak.Awak janji hantar saya balik semula lepas tu"

Zaf kelihatan menggaru garu kepala yang tidak gatal.

"Okey.Saya janji"

Zaf pergi selepas itu. Bagaimana untuk diakhiri hubungan terlarang penuh maksiat ini.Aku sedar aku sedang melakukan dosa dosa besar. Aku tetap kalah. Abah dan ibu tidak harus dipersalahkan.Memang aku yang sendiri sanggup.Aku dihantar ke sekolah agama. Mendapat didikan agama dari ibu dan abah. Disayangi oleh mereka.Namun aku tetap memilih jalan hitam ini.

Selama aku bersama Razif,aku mampu menjaga batas batas sebagai seorang wanita Islam. Walau aku tak bertudung, Razif sangat menghormati aku. Tangan aku pun dia tidak penah sentuh. Aku kalah dengan hawa nafsu.Sekelip mata aku jatuh dalam dakapan seorang lelaki lain.

Malam itu Zaf datang seperti yang dijanjikan.Dia membawa aku ke sebuah kafe . 

"Awak ,awak tahu tak saya suka makan daging masak lemak dekat sini"

"Saya tak tahu"

"Saya nak beritahu ni.Nanti awak belajar masaklah. Jaga perut saya ni"

Air yang aku sudah minum hampir keluar semula.

"Apa maksud awak?"

"Saya nak mengahwini awak Diana."

"Apa?"

Dear,YouWhere stories live. Discover now