"Diana, tolong tutup pintu dapur Diana.Tak sanggup aku Diana nak hidu bau tumisan kau"
"Abang kenapa?"
"Please Diana.Aku rasa nak ....uwekkkkkk"
Zafri berlari menuju ke tandas. Teruk sangat masakan aku ke? Selama ni dia okey sahaja.Tapi semenjak kebelakangan ini emosi Zafri mengalahkan aku dan Riana.Ada sahaja yang tidak kena.
"Abang, abang nak apa apa ke?"
"Tak.Aku nak baring.Nanti picit kepala aku ya"
"Baiklah bang.Abang masuk dalam bilik.Nanti Diana datang"
Selesai memasak sayur buncis goreng yang aku tumis sekejap tadi, aku segera masuk ke dalam bilik.Nasib Riana dijemput ibu dan abah tadi .Ada kenduri di rumah Andak . Aku pula sudah awal awal mengatakan aku tidak dapat ikut kerana Zafri kurang sihat. Ibu dan abah tidak berkata apa apa selepas itu.
Aku mengambil tempat duduk di atas tilam. Zafri sudah memejamkan matanya.Aku mulai memicit kepalanya. Dia tidak berkata apa apa. Namun tanggannya mengusap usap lenganku.
"Abang, ada sesuatu yang tak kena dengan mata saya lah"
Zafri membuka matanya.
"Kenapa"
"Sebab dari tadi tak beralih mata saya tengok abang"
Zafri minta aku berhenti memicit kepalanya.
"Aku tak larat ni Diana. Kau usik aku "
"Abang, saya tak usik abang.Saya nak bermanja je"
Zafri ketawa selepas itu.
"Okey, mana mana kau lah"
Zafri tidur selepas itu.Tiada selera ingin menjamu selera. Aku biarkan dia berehat.
***
Aku bersiap untuk ke sekolah pagi itu.Zafri masih tidur di atas katil.Semakin lembik . Aku benar benar buntu. Riana datang kepada papanya.
"Ma, hantar papa ke klinik ma"
"Baiklah sayang.Kalau macamtu, mama hantar Riana dulu ke sekolah boleh?"
"Okey mama"
***
Aku terpaksa cuti hari ini kerana Zafri semakin tidak bermaya. Aku minta acik datang. Dia mengangkat Zafri ke kereta. Selepas itu kami bertiga tiba di sebuah klinik swasta.
Acik sibuk menguruskan daftar masuk Zafri. Aku pula setia di sebelah Zafri.Tidak lama kemudian jururawat memanggil nama Zafri. Acik keluar semula selepas menghantar Zafri masuk ke dalam bilik doktor.
"Kita ambil darah Encik Zafri.Lepas result keluar ,baru saya boleh bagitahu apa apa keputusan dari keputusan darah yang nurse ambil sekejap lagi Puan. Sekarang kita hantar Encik Zafri ke wad pemerhatian.Dia perlukan rehat .Kita akan drip untuk dia lebih okey lepas ni ya Puan"
"Ya doktor,baiklah"
***
Seharian aku di klinik tersebut.Zafri sudah sedarkan diri.Dia sudah mampu duduk .Tidak lama kemudian doktor tersebut datang kepada kami berdua.Acik menjemput Riana balik dari sekolah dan aku minta dia bawa Riana ke rumah along.Nanti kami berdua akan balik guna Grab sahaja.
"Saya dah cek keputusan darah encik Zafri, kita dapati tiada apa apa yang membimbangkan.Mungkin encik terlalu penat dan harapnya encik berehat dengan sebaik mungkin.Jangan lakukan aktiviti berat dalam seminggu ni"
"Tapi doktor,kepala saya pening.Saya nak muntah.Mual .Dunia saya berpusing pusing.Nak makan keluar balik. Kalau penat,bawa tidur hilang.Ni tak,sekarang pun saya rasa nak muntah. Bau klinik ni buat saya pening.Berapa minggu ni menyeksakan saya"
"Sekejap, encik cakap mual?pening,muntah dan berpusing pusing?"
Zafri mengganggukan kepala.
"Saya rasa Puan boleh buat ujian darah selepas ni. Kita nak cek sesuatu.Boleh?"
"Kenapa saya pula Doktor"
"Saya nak confirmkan sesuatu"
***
Zafri berbaring semula di katil wad pemerhatian.Aku baru selesai mengambil ujian darah. Katanya keputusan keluar tidak lama .
20 minit kemudian Doktor datang dan menghampiri kami berdua.
"Saya dah ada jawapannya."
Kami berdua berpandangan.
"Puan hamil ".
Aku hanya kaku disitu.Zafri terkejut dengan kenyataan yang dia dengar sebentar tadi.
"Diana,betul ke ni?"
"Ya,Encik Zafri dan Puan Diana, kalian akan menimang cahaya mata tak lama lagi.Tahniah ya"
Doktor berlalu selepas itu meninggalkan kami berdua yang terpinga pinga.
"Diana,kalau ini rasanya kau mengandungkan Riana dulu ,aku angkat bendera putih Diana.Ya Allah,sakitnya rasa ni Diana"
Aku tersenyum padanya.
"Abang tak happy ke?"
"Aku happy DIana.Razeki kita.Cumanya aku tak larat nak tunjukkan perasaan aku. Badan aku lemah Diana"
"Baru abang tahu rasa mengandung.Apa apa yang terbaik buat dia,abang redha okey"
Zafri hanya menganggukkan kepala.Tidak lama selepas itu dia minta aku beli buah belimbing.Selera dia memang mengalahkan aku.
"Please Diana"
*Bagaimana semua?Komen tau.Jangan lupa tekan vote*
YOU ARE READING
Dear,You
RomanceBacaan dewasa sahaja. Pertemuan mereka tidak disengajakan.Hadir tanpa dipinta, berpisah tanpa disedari.Namun memori satu malam itu mengingatkan mereka sehingga seumur hidup. Zafri dan Diana. Kedua duanya sudah dimiliki orang lain.Insan biasa yang me...