Aku kembali semula ke Seremban. Anak anakku menyambut kedatanganku dengan gembira. Aku kucup semua dahi mereka.Aku peluk erat mereka. Seakan akan cuba melepaskan betapa beratnya emosi yang aku tanggung selama ini. Zafri, dia hanya memerhatikan aku. Tiada perasaan, tiada apa. Renungan itu kosong.
Aku mengemas barang barangku. Aku hela nafas dalam dalam. Perasaan putus asa itu menjelma lagi menghantui aku. Jiwa aku tidak cukup kuat. Ya Allah,kuatkan aku ya Allah. Tiada kata kata yang mampu aku gambarkan, perjuangan yang ingin aku noktahkan tika dan saat ini.
Aku benar benar penat selepas isyak. Selepas membaca surah Al-Waqiah, aku letakkan al-quran di atas meja. Lama aku berbaring merenung siling rumah. Kosong.Fikiran aku kosong. Aku harus alih ingatanku. Aku mesti bertahan demi anak anak aku. Biarlah kami terus membisu,asalkan anak anakku mendapat kasih sayang seorang papa.
***
"Boleh kita bercakap acu"
Acik minta aku supaya duduk. Aku yang sedang leka mengira ngira barangan di dalam homestay .
"Apa cik?"
"Acik ingat wajah ni beberapa tahun lepas. Kamu boleh membohong dengan orang lain.Tapi bukan acik. Kenapa kamu dengan Zafri cu?"
Helaan nafas berat aku didengari oleh acik.
"Acu putus asa"
Acik diam seketika.
"Minta dengan Allah"
"Setiap malam,setiap masa. Acu kalah"
"Ini perjuangan kamu Diana. Dugaan hidup kamu. Cuba dulu Acu"
"Acu nak angkat bendera putih"
"Acu fikir baik baik. Sedikit lagi ni cu, sedikit lagi. Cuba dahulu cu"
"Acu penat cik. Acik faham tak?"
"Bukan acik tak faham.Macam ni cu. Kita usaha dulu. Apa kata kamu berdua pergi kemana berdua sahaja. Cuba cari apa dalam hati Zafri. Mungkin dia menunggu kamu. Cuma dia sukar nak ungkapkan. Selama kamu di Cherating, dia risau tau dengan kamu. Sekejap sekejap dia akan cek location kamu dekat handphone dia. Walaupun dia tak beritahu, acik tahu. Dia jaga anak anak memang baik. Cukup makan, cukup pakai. Kamu tengoklah rumah kamu tu, terjaga ,kemas. Mungkin dia sukar nak ungkapkan. Cuba dulu acu"
"Dia memang baik dengan anak anak cik. Tapi acu rasa sepi,sunyi. Ada suami tapi suami macam tunggul . Acik faham tak?"
Acik hanya diam selepas itu.
Tangisan aku tidak mampu aku tahan lagi. Aku benar benar sakit mengenangkan semua itu. Aku tamak ? Aku tidak tamak. Aku cuma perlu perhatian dan belaian dari suami. Aku mahu kasih sayang suami aku. Aku tidak mahu ada rahsia antara kami.Tolong beritahu itu. Aku memendam perasaan aku bertahun tahun selama ini. Tak cukup dengan itu, sama sahaja bila dia dengan aku. Aku wanita. Aku punya emosi . Aku perlu explaination. Itu yang orang tidak faham. Aku marah.
***
Kedatangan abah selepas makan malam itu membawa satu berita yang agak mengejutkan aku.
"Nah"
"Apa ni bah?"
"Ni hadiah abah buat kamu. "
"Hadiah apa ni bah?"
Aku teragak agak membuka dokumen itu. Apa?
"Siapa nak jaga ladang dan anak anak bah. Acu banyak kerja?"
"Abah dapat tolong kamu. Tolong Diana. Ini hadiah dari ibu dan abah pada kamu. Kamu jaga kami berdua selama ini. "
"Acu yang banyak hutang budi dengan ibu abah sebenarnya"
"Tak cu. Tolong terima ni. Abah nak sangat lihat acu yang gembira , acu yang suka senyum, acu yang menerima seadanya. Sekarang ni anak abah yang bongsu ni lain sangat. Banyak sangat yang dah kamu lalui selama ni nak. Pergilah bersama suami kamu. Biar apa yang disini kami uruskan"
"Tapi bah, "
"Pergilah. Demi abah dan ibu"
Aku tertunduk membisu.Menghadam apa yang abah cuba lakukan ini.
*Tolong komen dan vote ya*
YOU ARE READING
Dear,You
RomanceBacaan dewasa sahaja. Pertemuan mereka tidak disengajakan.Hadir tanpa dipinta, berpisah tanpa disedari.Namun memori satu malam itu mengingatkan mereka sehingga seumur hidup. Zafri dan Diana. Kedua duanya sudah dimiliki orang lain.Insan biasa yang me...