Bab 67

395 36 2
                                    

Tika dan saat ini aku duduk di belakang  Zafri. Dia mengimamkan solat Asar .Lamanya tidak solat bersama dengannya. Aku hanya diam membisu dari tadi. Zafri masih membaca doa  di hujung solat.Fikiranku menerawang mengimbas memori lama yang pahit. Banyak nya perjalanan yang berliku harus kami tempuhi. Namun penguatku hanya satu , demi anak anakku. Kesabaran yang hampir hilang, Allah hadirkan aku takdir yang aku harap harapkan selama ini. Zafri mampu berbicara denganku setelah lama aku menunggu.

Zafri memandangku. Dia menghulurkan tangannya padaku. Dia kucup dahiku. Dia peluk erat diriku. Aku balas pelukannya kali ini. Tanpa aku sedar, mengalir air mataku. Sayu aku rasa. Aku boleh rasa Zafri membelai belai belakangku.

"Terima kasih kerana bertahan dan berjuang untuk saya selama ini.Abang sayang awak dunia akhirat. Apa apa yang mendatang selepas ini, mari kita berjuang bersama sama demi anak anak kita dan kita. Jangan berjuang seorang diri.Beritahu apa awak nak dalam hidup. Abang akan cuba berusaha untuk yang terbaik"

Aku pilu dalam dakapan Zafri. Ini yang aku mahukan selama ini. Bicara dalam meneruskan rumah tangga kami. Segunung mana ucapan cinta dan kasih sayang tidak ada gunanya jika tiada usaha bersama sama dalam meneruskan rumah tangga kami.

"Terima kasih abang sebab bersuara. Saya hampir putus asa"

Zafri genggam erat tanganku. Dikucupnya dengan sangat lama.

"Abang takkan lepaskan awak. Hanya ajal yang mampu pisahkan kita"

Aku tertunduk menahan pilu. Beratnya emosi kami berdua petang ini. Penuh dengan tangisan dan air mata. Hingga cuaca diluar sama seakan akan mengerti rasa hati kami berdua. Lama kami berdua hanya menangis dan menenangkan sesama sendiri. Kami boleh dengar bunyi guruh yang berdentum dan hujan lebat. Sama sama kami melihat pemandangan di luar yang sangat dingin. Aku duduk dalam dakapan Zafri. Satu batu besar yang menimpa aku selama ini seakan akan pergi bersama dengan hujan lebat di luar. Aku kucup tangan Zafri berkali kali. 

"Saya sayang abang dunia akhirat"

***

"Saya rindu anak anak abang"

Zafri yang sedang membancuh teh berhenti seketika.

"Ya, saya tahu sayang rindu anak anak. Abang ni macam mana yang rindukan awak  ,belum dibalas lagi rindu abang ni"

Aku faham kenyataan Zafri . Aku mahu menguji kesabaran Zafri  lagi.

"Kan dah saya sayang sayang abang tadi. Dah la tu"

"Bukan yang tu sayang"

"Habis yang mana"

"Awak jangan sampai kembar tiga ada adik mereka keluar tahun hadapan"

"Abang jangan nak macam macam ya"

"Apa yang macam macamnya. Abang nak sangat ada anak ramai. Abang janji akan jaga awak dan anak anak kita"

"Abang, saya dah boleh tidur nyenyak . Abang jangan buat hal nak beranak kecil lagi.Saya nak travel pergi oversea bang, Tu impian saya sekian lama"

"Awak travellah. Anak anak saya jaga"

"Senangnya abang cakap"

"Boleh lah sayang"

"Tak nak"

Zafri menghampiriku. Kali ini dia menggoda aku. Aku cuba lepaskan diri  dari pelukan Zafri. Dia cuba menangkapku. Aku mengelak dari Zafri. Seakan akan Zafri sudah nekad kali ini. Aku kalah dalam genggamannya. Biarlah seribu satu alasan pun, aku memang sangat merindukan suamiku. Aku rindukan belaiannya.Aku rindu sentuhannya. Akan ku serahkan seluruh jiwa ragaku buat insan yang amat ku cintai Zafri Shah.

***

"Kalau abang cabar sayang kira bintang di langit boleh tak?"

"Tak boleh bang. Banyak sangat"

"Macam tu juga cinta abang pada sayang"

Pantas jariku mencubit halus pada perut Zafri. Dia ketawa selepas itu.

"Abang, subuh dah. Pantai depan tu saya belum pergi pun"

"Sayang tahu kan. Awak milik abang.Pagi ni sekejap je boleh. Lepas tu kena masuk bilik balik"

"Saya nak juga healing healing dekat tepi pantai tu sambil abang ambillah gambar saya . Ni tak, memerap dalam bilik je"

"Tak happy ke dudulk sebilik dengan abang?"

"Bukan itu maksud saya.Dari semalam kita sampai bang. Saya belum keluar dari bilik bang"

"Awak tahukan abang macam mana. Kalau macam tu, pagi ni kita main main dekat tepi pantai. Lepastu mandi, eh,sekejap. Abang rasa tak nak balik dulu la. Esok kita balik sayang"

"Eh,semalam abang cakap nak cekin satu hari je"

"Semalam. Hari ni cakap lain"

"Anak anak macam mana.Saya ni rindu anak anak abang. Abang jangan cakap abang pula macam mana. Abang dah dapat apa abang nakkan semalam "

"Sayang, anak anak masih ikut ibu dan abah bercuti. Lusa baru balik"

"Ya tak ya juga"

"Abang nak call kaunter kejap. "

Zafri bingkas bangun dan menuju ke arah telefon. Aku hanya menggeleng gelengkan kepala melihat Zafri. Subuh tadi dia sudah bercerita tentang kenangan semasa dia melihat kembar tiga buat pertama kalinya. Aku hanya tersenyum dan ketawa sekali sekala mendengar kisahnya. Ya, aku akui Zafri sudah menjadi Zafri yang dahulu. Bicara dan usikan memang tidak pernah lekang dari bibirnya. 

"Sayang. Jom turun. Pagi pagi begini kita mandi laut.Jom"


*Jangan lupa vote dan komen tau. Sayang semua*

Dear,YouWhere stories live. Discover now