Aku buka akaun instagramku. Sengaja aku tekan follow back pada instagram Zafri Shah. Aku benar benar ingin mengetahui siapa wanita dipimpin olehnya tadi.
Menggeletar tanganku apabila aku membuka gambar gambar mereka bersama. Tiada gambar Riana dan tiada gambar budak kecil . Aku cari gambar perkahwinan mereka.Tiada. Mungkin private. Aku scroll lagi.Tiada.Aku lihat gambar pertama mereka bersama.Dua tahun yang lepas. Mungkin mereka hanya bercinta. Mungkin.
Aku menghempaskan telefonku selepas itu. Sakitnya hatiku. Aku bangun untuk solat Isyak. Hati aku sakit, hanya Allah yang tahu.
Selesai solat aku terima satu notifikasi.
Zafri Shah: Call aku sekarang ,0198892239
Diana_88:Tak nak
Zafri Shah: Now!
Aku mendail nombor tersebut.
Tut tut..
"Hello Diana"
"Ya"
"Esok pagi hantar Riana ke sekolah."
"Ya Allah, saya masuk sekolah pukul 6.30 pagi.Kalau ambil Riana dalam pukul 3 pagi.Ulang alik"
"Kau lawan cakap aku"
"Tak.jauh wak. Kalau tak jammed,takpe jugak.Ni jammed.KL ni"
"Aku kena travel esok Diana"
Bukan tadi dia baru dating ke,gumamku dalam hati.
"Kenapa diam"
"Macamni, awak hantar dia sekarang dekat saya. "
"Lewat dah ni Diana"
"Habis ,macam mana ni?"
"Kau datang sini"
"Awak dah kenapa,takpe saya ambil cuti esok"
"Mana mana kaulah"
"Ok ,bye"
Naik gila kalau aku nak ke rumahnya.Dah dah la tu Diana. Jangan buat gila depan anak yang naif. Sah sah aku dan dia tiada ikatan. Mana boleh sebegitu.Anak belajar dari pemerhatian.
Aku termangu seketika.10 tahun aku tinggalkan mereka. Aku diberi peluang oleh Zafri dan aku sedar benda ini. Aku harus gunakan peluang ini sebaik mungkin.Ya Allah,aku baru sedar. Ya Allah,terima kasih .Aku menyedarinya.
"Riana,mama akan berjuang habis habisan mengambil hati kamu nak"
***
Seawal 4 pagi aku sudah berangkat dari rumah.Aku cuba menghubungi Zafri namun tidak berjawab. Tidak lama kemudian satu notifikasi masuk.
"Jemput Diana depan pintu"
Astaga.Sabar Diana. Sabar.
Aku menaiki lif Tingkat 19 . Dari jauh aku lihat pagar rumah Zafri sudah terbuka. Riana belum siap.Astaga.
"Aku baru bangun"
"Habislah jammed , saya fikir dah siap"
"Dia dah mandi. Kau iron baju dia. Aku nak mandi, flight aku pukul 7 pagi."
"Awak nak kemana?"
"Adalah. Barang barang Riana aku dah siapkan semalam"
"Semua ni ke?"
"Yalah. Aku travel sampai Jumaat"
Aku hanya kaku disitu.Riana akan bersamaku. Ya Allah, bahagianya aku rasa.
Aku menghampiri Riana.Dia baru lepas mandi.
"Riana, nah baju auntie dah iron"
"Okey"
Nak auntie sikatkan rambut Riana?"
Dia menganggukkan kepala.
"Ala,kenapa comel sangat awak ni. Pipi ni comel sangat"
Riana memandang aku tanpa sebarang riak wajah. Aku pandang wajahnya.
"Cantiknya awak sayang"
Aku menyiapkan Riana.
"Awak ,saya dan Riana dah siap ni.Kami pergi dulu"
"Pergilah"
"Riana,sini.sayang papa dulu"
"Mmuahhh"
"Jaga diri baik baik sayang"
"Okey papa"
Aku hanya berdiri seperti tunggul melihat kemesraan mereka berdua.
"Jom Riana"
Riana mengikuti aku. Penuh tangan aku membawa barang barang Riana.Dia menyanyi nyanyi kecil.
"Riana nyanyi lagu apa?"
"Lagu Salena Gomez"
"Sayang mama pandai nyanyi"
Riana terus diam membisu.
"Its okey,jom masuk kereta auntie"
Riana duduk di sebelah penumpang.Setelah aku pasang seat belt nya,matanya kembali layu.
Aku membelai wajahnya.
Kenapa aku tidak menyedari intan permata yang aku tinggalkan selama ini.
Setibanya di sekolah Riana, aku tunggu dia bangun dari tidur. Sudah aku singgah di Drive Thru membeli set sarapan pagi buatnya.
Riana menggosokan mata nya berkali kali.
"Dah sampai ke?"
"Ya sayang"
"Auntie belikan ni,dan ini duit buat Riana belanja"
"Papa dah beri semalam"
"Yang tu papa beri,yang ni auntie beri"
"Auntie simpan je.Riana tak berani bawa duit banyak banyak .Ini Riana bawa"
"Okeylah,auntie simpan ya.Kalau nak beritahu je"
"Riana pergi dulu"
"Bye sayang"
"Bye auntie"
Aku mengucup dahi Riana. Aku tidak mampu menipu rasa itu.Rasa jatuh kasih sayang aku. Aku bodoh selama ini.Meninggalkan zuriat aku sendiri. Beruntungnya Zafri selama ini.
***
Aku minta cuti kecemasan dan Guru Besar harap aku tidak akan mengulanginya lagi. Esok dan lusa bagaimana? Aku juga perlu mengajar. Kelas kosong tiada guru ganti.Bagaimana dengan anak murid ku.Mungkin aku akan minta masuk akhir sikit. Kasihan Riana terpaksa bangun awal awal lagi.
Jam menunjukkan pukul 1.20 petang.Aku sudah setia menunggu di depan pagar. Kelihatan Riana sedang berlari padaku.Wajahnya sangat muram ,nampak baru lepas menangis.Dia memeluk erat diriku.
"Kenapa sayang?"
Riana mendiamkan diri.Aku gosok belakangnya.Aku usap kepalanya.Aku minta Riana masuk ke dalam kereta. Suhu sejuk dari penghawa dingin meredakan sedikit Riana.
"Tadi kawan Riana tanya,siapa beli Mcd untuk Riana, Rinia cakap ibu kandung Riana.Lepas tu semua diaorang tak percaya.Diaorang cakap Riana menipu.Riana tiada ibu.Ada ayah je.Diaorang cakap Riana berimaginasi"
"Ala,kesian Riana mama.Yang tengah peluk Riana ni siapa?"
"Mama Riana."
Serta merta air mataku bergenang di kelopak mata.
"Cakap sekali lagi sayang"
"Mama Riana"
"Boleh panggil mama ,jangan panggil auntie lagi boleh sayang"
"Tapi kena jawab soalan Riana dahulu.Kenapa tinggalkan Riana?"
Aku mati kata kata.
YOU ARE READING
Dear,You
RomanceBacaan dewasa sahaja. Pertemuan mereka tidak disengajakan.Hadir tanpa dipinta, berpisah tanpa disedari.Namun memori satu malam itu mengingatkan mereka sehingga seumur hidup. Zafri dan Diana. Kedua duanya sudah dimiliki orang lain.Insan biasa yang me...