HAPPY READING 🤍
Melamun adalah sesuatu hal yang biasa ia lakukan. Tidak mengira pagi, siang dan malam. Alunan muzik berkumandang memenuhi segenap ruang bilik yang gelap nan sunyi. Hanya cuaca bulan yang menerangi malam ini.Lamunannya tersedar hanya pada ketika sepasang tangan mula melingkari pinggangnya dari arah belakang. Seseorang meletakkan dagunya di bahunya. Hembusan nafas terasa.
"What are you doing here, hmm?"
Pertanyaan sesimple itu tidak berjawab. Gadis berusia 21 tahun tersebut memilih untuk berdiri di hadapan wanita itu. Tatapan yang diberi olehnya tidak berbalas melainkan dibiarkan. Kakinya berjengket, menggapai sesuatu yang ia mahu.
Cup
Satu kecupan mendarat di bibir. Freen hanya diam.
"Ada apa? Is something happened?" Tanyanya lagi.
Lama diam akhirnya wanita itu bersuara.
"Nothing serious baby.. cuma kerja di office makin bertambah." Ujarnya. Dia menghembus nafas berat. Kepalanya sedikit pening mungkin kerana sedari tadi tidak berhenti meminum wine.
Dia masuk meninggalkan gadisnya yang berada di balkoni bersamanya beberapa saat yang lalu.
Katilnya seperti memanggilnya untuk segera tidur dan ia pun berbaring dengan keadaan terlentang. Tilam bersaiz king itu sangat muat untuk 5 orang tetapi hanya dia dan gadisnya yang berbaring tidur di atasnya.
Freen akhirnya terlelap kerana sudah terdengar dengkuran halus dari wanita itu.
Pagi pun tiba. Tirai di dalam bilik itu dibuka membiarkan cahaya masuk menerangi. Freen melenguh lalu menggeliat menggerakkan badannya.
"Good morning sweety.." ucapan tersebut hanya dibalasnya dengan senyuman.
Gadis itu awal-awal sudah bangun. Sudah menjadi kebiasaan bagi dirinya kerana dia juga harus menyiapkan diri nantinya sebagai suri rumah. Tidak lama lagi. Dia semakin tak sabar menanti hari itu tiba.
Freen berjalan ke arah bilik mandi setelah mengambil tualanya sementara gadis tadi memilih pakaian pejabat yang akan dikenakan oleh Freen atau mungkinkah dia sebut; bakal suaminya?
Hanya 15 minit masa yang diambil olehnya untuk membersihkan diri. Freen pun berpakaian lalu berjalan ke walk in closet. Beberapa aksoseris dipasangnya berbentuk rantai, jam tangan, sepasang anting dan bracelet sudah pasti.
Saat menuruni tangga, semerbak bau sedap hinggap di hidungnya.
Gadisnya datang memeluk lengannya sambil mengiringnya ke meja makan. Ada pelbagai jenis sarapan yang mereka sediakan.
"I love your smell.."
"Me too baby.." Freen tahu betapa addictnya gadis itu apabila berkait dengan perfume yang ia pakai.
Ya, perfume yang diberi kepadanya sebagai hadiah ulang tahunnya yang ke-26. Channel Coco Mademooselle Eau De Parfum menjadi pilihan untuknya dari gadis di depannya.
Gadis itu..namanya Bella Ounsa-ard, adik kepada Billy Patchanon Ounsa-ard iaitu salah satu atlet negara terkenal di pelusuk dunia. Bapa mereka merupakan pemegang saham Krungthai Bank yang merangkap sebagai menteri kewangan di negara Thailand. Manakala sang ibu adalah seorang pemilik Phuket Marriot Resort & Spa di Merlin Beach.

ANDA SEDANG MEMBACA
You Mean To Me
Romance"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...