HAPPY READING 🤍
Tok
Tok
Tok
"Masuk!"
Nam melangkah masuk ke ruangan atasannya dengan membawa beberapa fail dan dokumen untuk disemak dan diserahkan kepada Freen.
"Assistant perdana menteri beritahu supaya kita percepatkan lagi projek di Sadao dan harus siap 2 bulan ke depannya."
Freen mengunyah chewing gum. Matanya fokus melihat layar laptop yang memaparkan beberapa gambar di Sadao yang dilaporkan.
"..dan satu lagi tentang pelan yang diharuskan siap oleh arkitek yang namanya Rebecca. Apa dia sudah mula mengerjakannya? Jika masih dalam proses maka aku akan memaklumi hal ini."
Freen mengambil telefon di atas mejanya.
"Tidak apa.. Arnold dah beritahu dia dari awal. Aku nak tengok dia dah sampai mana nanti sebab ni melibatkan tanggungjawab dan juga syarat."
Nam mengangguk.
"Baiklah, jadi aku akan sediakan dokumen kontrak dan hubungi kontraktor yang sesuai." Ujarnya.
Saat ingin keluar, Nam menoleh ke arah sahabatnya.
"Hei nanti kita keluar nak? Dah lama rasanya tak menari ni, kita minum² sekali sebab Heng dengan Saint dah merengek macam bayi gedik."
Freen memutarkan bola matanya malas. Namun apa salahnya untuk sekali-sekala meluangkan masa dengan sahabatnya yang lain. Lagipula, kebelakangan ini dia selalu sibuk dengan urusan pekerjaan dan persiapan pertunangannya.
"Okay.."
"Great..! Aku pergi dulu."
Setelah kepergian Nam, tangannya naik mengurut sisi kepalanya yang sedikit pening. Alangkah bagus kalau ada seseorang yang mengurutnya sekarang. Tadi Bella baru saja memberitahunya jika Billy sudah kembali pulang dan mengajaknya dinner bersama. Apa yang pasti, orang tua mereka akan hadir juga.
Kerja semakin menumpuk di atas meja. Dia bukanlah seorang yang bekerja dengan sambilewa hanya kerana dia adalah pemilik Chankimha Company dan boleh keluar masuk sesuka hati.
Tidak.
Ayahnya sudah bersusah payah membangunkan company ini dan Freen diajar untuk tidak sombong kerana hidup itu ibarat roda yang berputar. Kadang di atas, kadang di bawah. Jadi, Freen tidak mahu cepat puas hati. Dia harus bekerja keras meskipun dirinya sudah memilik keluarga yang berkemampuan.
Sekarang jam hampir menunjukkan pukul 6.40 petang. Freen tiba di restoran Sra Bua by Kiin Kiin. Matanya mencari kelibat manusia yang menyuruhnya ke sana sehinggalah dia menangkap lambaian seseorang.
"Sit here."
Bella, gadis itu tersenyum menampakkan baris gigi yang sempurna. Berbeza dengan Billy yang hanya menatapnya tajam.
Tidak suka, mungkin?
Namun Freen tidak menghiraukan tatapan itu malah ia menampilkan senyuman.
"Hi Billy."
Oleh kerana keadaan sepertinya kekok disebabkan mereka berdua, Bella pun meminta senarai menu dan memberikan kepada dua manusia itu.
"Kejap lagi mommy dan daddy sampai. Kita bolehla pesan makanan dulu sambil tunggu diorang."
"Erm..i want Grilled Squid Oyster Tempura and Foie Gras with Ginger and Plum Wine, please." Bella.
"Red Raw Prawn Carpaccio Lemongrass Gel Crispy Lime Leaf Tapioca, Spicy Beef Salad and Chilli."
ANDA SEDANG MEMBACA
You Mean To Me
Romansa"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...
