HAPPY READING 🤍
"Hei, what happened ?""Maaf Henry, sepertinya malam ni kita tak dapat teruskan dinner date.. aku harap kau faham."
Sebelum semua orang memandangnya, dengan Becky cepat mengambil beg tangannya lalu meminta diri dari pemuda itu. Namun lengannya ditahan membuat ia berhenti.
"Tunggu. Biar saya hantar, boleh?"
Gadis itu tampak ragu untuk mengiyakannya.
"Don't worry, saya takkan apa-apakan awak ok..awak akan saya hantar dengan selamat dan ini niat baik saya."
Becky menghela nafas lalu mengangguk perlahan. Mereka pun berjalan melalui manusia yang sedang bersantapan. Ada yang bersama keluarga, bersama pasangan berduaan dan ada juga yang makan seorang diri. Ketika sampai di anak tangga, Becky bertembung lagi dengan dua insan itu. Dan...berciuman? Di tempat sudut ini? Untung saja tidak banyak mata yang memandang tapi bukankah terlalu umum? Ah sudahlah, untuk apa dia peduli.
"Oops tak boleh tengok.." bisik Henry kepadanya.
"I'm not a kid la.." balas Becky juga dengan nada berbisik.
Oh. Mata itu sedang memerhatinya. Becky hanya perlu berjalan berpura-pura tidak melihat wanita itu dan pasangannya.
"Masuklah." Becky mengangguk saat Henry membukakan pintu Honda civic untuknya.
___________
PAAPPP
"Becky!"
Satu badan terhenjut bersamaan mejanya ditepuk kuat oleh Irin.
"Heishh kau ni nak suruh aku mati katak ke?!"
Irin mengambil tempat duduk di depannya.
"Hehe maafkan saya Becky ku yang baik, cantik serta pemaaf."
"Untung kau kawan aku kalau tak dah emmm.." Becky mengangkat tangannya seolah-olah ingin menampar kepala sahabatnya itu.
Tangannya mengambil milktea lalu menyisipnya banyak.
"So, macam mana.. so far?" Becky meenggelang.
"Tidak seperti yang dirancang. You know what, aku jumpa si Bella tu kat sana."
"Bella who? Bella Ounsa-ard?"
"Yeup."
"Wow! Kecilnya dunia. Cuba cerita aku nak dengar."
Becky menarik hembus nafas lalu mulai menceritakan kisah pada malam itu. Irin yang diam mengamati cerita membelalakkan matanya.
"What? Mata dia letak kat lutut ke apa pastu nak salahkan anak orang. Aku ingatkan dia jenis yang tak ambik kesah sangat tapi..ahh payah!"
"Sebab tu adanya pepatah indah khabar dari rupa." Becky menambahkan ayat sahabatnya itu.
"Tapi kau tahu apa yang menarik?" Dia menaikkan keningnya beberapa kali membuat Irin ingin tahu.

ANDA SEDANG MEMBACA
You Mean To Me
Romansa"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...