29

434 36 4
                                    

HAPPY READING 🤍


Saat ini, keduanya berbaring saling menatap dalam mata masing-masing. Tangan Freen tidak berhenti mengusap rambut wanita yang ia cintai, bahkan juraiannya pun tak sempat jatuh.

Becky menunduk. Dia malu bila ditatap seperti itu, apatah lagi Freen yang menatapnya. Ingin bergerak pun bagai disekat.

"Phi Freen.."

"Kenapa sayang?"

Becky bertambah malu.

"Kenapa jadi 'sayang' phi? Saya bukan teman wanita atau siapa-siapa-.." Becky berhenti kerana Freen mengusap bibirnya. Jujur, dia lemah bila Freen dalam mood menggoda.

"Siapa kata awak bukan siapa-siapa? You are special to me. Lepas apa yang kita dah buat di club ini, awak masih fikir awak akan bebas? Tidak, Becky." Ujar Freen membuat wanita itu terdiam.

"Kalau diikutkan, saya memang nak marah kan awak. Andai saya tak datang, nasib tragis akan menghantui awak selamanya, nong." Kali ini, Becky benar-benar buntu dengan fikirannya. Awalnya dia juga berfikir bahawa datang ke tempat ini tidak menjamin keselamatannya kerana risikonya terlalu besar, dan benar saja, dua kali dia hampir diperkosa oleh lelaki yang mendahagakan nafsu seks. Sungguh, dia sangat-sangat bersyukur kerana di tempat seperti ini masih ada Freen yang menyelamatkannya, si wanita buaya kesukaannya.

"Maafkan saya phi Freen. Mungkin cara saya salah tapi saya terdesak apalagi ketika ada orang yang mencuri hasil kerja saya." Becky mulai menangis. Benda ini terlalu sensitif baginya kerana dia yang bersusah-payah mengeluarkan idea dan bekerja untuk masa depan keluarganya. Menjadi seorang arkitek memang tidak mudah, pasti ada yang iri. Becky tahu, dia yang tidak berhati-hati.

"Hidup saya bergantung pada kerjaya saya yang sekarang. Pho banyak kali jatuh sakit dan saya perlukan projek yang besar."

"Awak dah ada saya, nong. Percayalah saya akan bantu pho. Sekarang awak tak perlu risau tentang benda tu semua dan please.. jangan datang ke tempat ni lagi. Saya tak nak awak sakit ke apa. Saya tak sanggup tengok awak yang mungkin saja akan didera. Awak tahu tak, lelaki di sini semua ganas-ganas.. no ones will care about you, ingat itu nong." Ujar Freen panjang lebar.

"Awak itu bidadari yang pernah hadir dalam hidup saya dan saya takkan benarkan sesiapa pun sentuh awak." Tambahnya lagi.

"Bella?" Satu nama itu meluncur begitu saja dari mulut Becky.

"Hanya awak yang saya mahu, bukan dia. Dia dah ada Arnold, bahkan anak yang dia kandung bukan anak saya. I told you this before."

Freen membawa Becky ke dalam pelukannya dan mengendus beberapa kali atas kepala wanita itu.

"Untuk sementara, gelaran tunang masih digelar di diri saya dan Bella.. tapi saya ada rancangan. Perkahwinan itu tidak akan terjadi."

"Rancangan apa?"

"Yang pastinya, for our happiness. Saya janji, lepas semuanya berakhir, saya akan lamar awak terus dan kita boleh mendirikan rumah tangga setelah itu."

Becky kembali tersipu. Telinganya sudah bertukar kemerahan dan pipinya terasa hangat.

"Lepas tu?"

Freen memandang wajah cantik itu lalu berkata..

"With our future kids. I know they will be so cute sebab awak adalah mommy dan saya sebagai daddy mereka."

"Too much confident."

You Mean To MeWhere stories live. Discover now