32

430 40 2
                                    

HAPPY READING 🤍

"Eughh.." wanita itu melenguh kemudian menukar posisi tidurnya agar nyaman. Namun ketika tangannya terbentang ke sisi kanan, rasanya kosong. Dengan mata yang masih terpejam dan ngantuk menguasai, dia meraba lagi untuk memastikan apakah dia tidur berseorangan.

Tetap juga kosong.

"Hmm?"

Wanita itu pun bangun lalu bersandar. Selimut ditarik ke atas untuk menutupi tubuhnya yang tidak berbalut benang. Dia masih mamai. Jika diikutkan dia ingin menyambung tidurnya tapi orang yang membawanya ke sini tiada di sebelahnya.

"Phi Freen..!" Panggilnya dengan suara yang serak, khas orang baru bangun tidur.

Tiada sahutan.

Tangannya menggapai telefon ingin melihat jam.

1.02 a.m.

Terdapat satu mesej masuk pukul 8.45 p.m. malam tadi dan orang yang menghantar mesej tersebut ialah Freen.

'Nong, maaf sebab tinggalkan awak bersendirian. Daddy ajak makan malam dengan keluarga Bella. Mungkin saya tak dapat balik, maaf. Tidur yang nyenyak, good night sayang💕'

Becky menghela nafas panjang. Kerana terlanjur terjaga, dia pun bangkit dari baringannya, mengambil baju di lantai dan memakainya. Udara malam sangat sejuk namun dia tidak peduli. Hampir 10 minit berdiri di balkoni sambil menikmati milktea sejuk yang dibeli semalam dan pemandangan di mana bulan bercahaya menerangi malam.

Sepasang tangan tiba-tiba memeluknya dari belakang membuat Becky terkesiap. Dia hampir terjerit, lagi pula hanya dia saja berada di villa ini.

"Phi Freen? Saya ingat hantu tadi." Becky mengelus dadanya yang berdetak laju kerana takut.

"You awake?" Becky mengangguk.

"Khor tod na ka.." Freen meletak dagunya pada bahu wanitanya.

"Awak kata tak balik? Macam mana awak boleh ada di sini?" Tanya Becky. Bukankah wanita itu memberitahunya bahawa dia tidak pulang malam ini.

"I already missing you.. saya balik sebab tak tahan." Becky memejamkan mata ketika Freen mengendus lehernya yang terdedah.

"You know what, you are so sexy nong."

"Jangan." Becky cepat-cepat menahan tangan yang sedang meremas punggungnya.

"Kenapa? Awak menggoda iman saya tahu tak.. siapa suruh pakai baju saya tapi tak pakai seluar.." Ya, Becky memakai baju Freen yang terlihat longgar pada tubuh kecilnya. Ditambah lagi dia hanya memakai seluar dalam. Siapa yang tidak tergoda.

"I hope this is not about lust, obsesi awak pada tubuh saya walaupun awak cakap yang awak cintakan saya.." entah kenapa, Becky rasa Freen hanya menginginkan tubuhnya saja kerana dari hari yang sebelum, mereka sering melakukan 'itu'. Dia takut jika Freen menggunakan kata cinta semata-mata untuk mendapatkan tubuhnya. Fikirannya menerawang ke sana sini, berfikir yang bukan-bukan. Mungkinkah Freen akan membuangnya setelah puas menikmati raganya?

Freen yang mendengar itu agak terkejut. Bagaimana Becky boleh berfikir sedemikian? Salah dirinya kerana terus meminta dan tidak terlalu memikirkan perasaan wanita itu.

"Tidak sayang. Saya, tak." Freen memusingkan tubuh itu untuk menghadapnya. Pipi Becky ditangkup dan mereka saling bertatapan mata.

"Jangan fikir macam tu, okay. Ini bukan tentang nafsu, juga bukan obsesi, tapi tentang cara saya memberitahu yang saya cintakan awak." Ujarnya lagi lalu mencium bibir bentuk hati itu dan mengusap pipi wanitanya dengan lembut.

You Mean To MeWhere stories live. Discover now