HAPPY READING 🤍
Berjalan-jalan di atas pantai adalah perkara yang sangat menyenangkan apatah lagi malam ini cuacanya sejuk berbanding pada waktu siang.
Freen memasukkan kedua tangannya ke dalam kocek seluar sambil berjalan menemani langkah wanita ini. Dia terlihat gembira kerana riak wajahnya sangat mudah diteka oleh Freen.
"You feel good now?" Tanyanya dengan sekilas pandang melihat wanita ini.
Becky menarik nafas lalu menampilkan sebuah senyuman di bibir.
"Sangat. Lebih dari perkataan baik."
Kemudian dia berhenti untuk menikmati pemandangan bulan yang menerangi pantai ini. Ada pantulannya di air laut. Indah.
Freen berdiri di samping lalu mengikut arah pandangan Becky yang melihat anak bulan di atas langit malam.
"Suka?"
"Hmm." Becky mengangguk.
"Saya dah pernah datang ke pantai bersama pho dan mae, baru dua kali saja. Itupun ketika saya berusia 5 tahun dan 7 tahun." Ujarnya tiba-tiba. Entah kenapa tapi Becky ingin bercerita.
"So, this is your third time?" Becky menggeleng.
"Keempat sebenarnya tapi pho sakit kerana pinggangnya terkehel akibat jatuh. Jadi, rancangan kami untuk kembali berkelah di pantai batal.."
Freen memandang wajah itu sebentar dan mengangguk faham.
"..rasanya kelakar, saya merengek dan menangis ingin ke pantai lagi lagipula saya tidak tahu apa itu sakit pinggang pada masa tu." Becky ketawa kecil mengingat dirinya pada ketika itu.
"..syukur, melalui terapi (traksi halo-pelvik) pho semakin sihat sehingga sekarang cuma dia perlu kurang mengangkat benda-benda berat lagi dan berehat banyak." Freen baru perasan. Ayah Becky seringkali duduk setiap 1 jam. Lebih-lebih lagi ayahnya banyak meluangkan masa di dalam bilik dan hanya keluar pada masa tertentu. Becky memberitahunya.
"Terima kasih khun Freen, kerana khun saya dapat ke sini merasai lagi suasana di pantai."
Siapa cakap yang Freen tidak senang mendengarnya. Bahkan sangat bangga akan dirinya.
"Ternyata dengan membawa awak ke sini memberi makna yang besar. Saya akan selalu ajak awak ke pantai ini lagi jika awak nak." Freen menepuk bahu Becky dengan lembut.
Kemudian satu gerai telah menarik perhatian Freen. Kedudukannya tidak jauh dari mereka.
"Tunggu di sini."
Selang beberapa minit, Freen kembali namun dia tidak kosong.
"Here."
Gula-gula kapas.
"Oh, khob khun ka."
Freen diam memerhati Becky. Wanita ini masih jelas dengan sifat kekanakannya kerana dia rasa riang ketika menerima gula-gula kapas ini. Bukankah setiap wanita akan berubah mood jika diberi makanan manis? Tentu.

ANDA SEDANG MEMBACA
You Mean To Me
Romance"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...