HAPPY READING 🤍
Di altar, berdirinya seorang lelaki yang sedang menunggu pengantin perempuannya masuk melalui pintu dewan. Debaran kian terasa. Tapak tangannya mulai mengeluarkan peluh dan keringat di dahi dilapnya. Tidak jauh dari tempat ia berdiri, seorang wanita separuh baya menatapnya tajam seolah memberi signal amaran.
Ketika pengacara mengumumkan ketibaan pengantin perempuan, riak di wajah wanita paruh baya itu berubah menjadi senyum.
Dua orang budak kecil, lelaki dan perempuan masuk menabur bunga di sepanjang laluan dan diikuti dengan bridesmaid. Pengantin perempuan pun melangkah masuk dan diiringi oleh seorang lelaki yang berstatus abang. Sedangkan sang ibu memandang haru anak-anaknya. Majlis perkahwinan sangatlah sederhana namun sentuhan dekorasinya memberi kesan yang mewah. Tetamu yang diundang juga tidak terlalu ramai, hanya sekitar 100 orang yang dijemput. Itu pun saudara-mara, sahabat dan orang-orang terdekat. Pihak media juga tidak ketinggalan berita. Mereka datang mencari makan dengan melakukan kerjanya.
"Aku serahkan adik perempuanku kepada engkau. Jagalah dia dengan baik seperti yang kau janjikan pada kami." Arnold mengangguk. Billy pun menyerahkan Bella kepada Arnold. Lelaki itu menghulurkan tangannya lalu disambut dengan huluran tangan dan senyuman wanitanya.
Majlis berjalan begitu lancar. Tidak ada huru-hara seperti sebelumnya. Arnold dan Bella akhirnya sah menjadi pasangan suami isteri.
"Tahniah kalian berdua." Bella memandang sayu pada seseorang yang kini berdiri di hadapan mereka. Rasa menyesal, bersalah dan malu terhadap wanita itu tidak pernah pudar. Freen kelihatan segak memakai tuxedo berwarna maroon dikombinasi dengan warna hitam. Sesiapa saja pasti terpesona dengan penampilan Freen hari ini.
"Thanks kubb. Freen, maaf sebab kami-.." belum sempat Arnold menghabiskan kata-kata, Freen terlebih dahulu memotongnya.
"Jangan meminta maaf. Perkara tu dah berlalu dua bulan yang lepas. Saya doakan kalian bahagia." Freen memandang perut Bella yang mulai buncit.
"Jadilah orang tua yang bijaksana. Saya menantikan kehadiran si kecil kalian. Berbahagialah." Ujarnya lagi lalu menepuk bahu Arnold.
"Terima kasih juga sebab sudi datang." Freen hanya mengangguk kemudian berlalu pergi kerana dia adalah orang terakhir yang memberi ucapan tahniah kepada pengantin.
Freen memilih wine apple lalu meneguknya sambil berjalan di sekitar meja makanan. Tangannya sangat rajin mengutip kuih-muih yang terletak di atas meja kemudian memakannya.
"Kau tak takut berisi?" Sapa seseorang. Freen menoleh ke arah sampingnya. Rupanya si Billy. Freen hanya menggeleng lalu kembali melahap kuih dan mengunyahnya.
"Akan sangat rugi jika hanya dimakan sepinggan, percuma pula tu. By the way, semuanya sedap. Terima kasih mengundang aku, kau tak rugi menjemput seseorang yang kuat makan untuk bantu menghabiskan semuanya di sini." Freen berhenti mengunyah untuk menghirup minumannya. Billy tertawa kecil.
Seorang pelayan yang membawa sedulang minuman dihentikan oleh Billy. Daripada enam gelas yang dibawa, tinggal lima. Kemudian, Billy menyuruh pelayan tersebut pergi.
"Kau dah jumpa mommy?" Freen menggeleng. Walau apapun, Mrs. Ounsa-ard masih ia anggap sebagai ibu kerana wanita itu melayannya baik.
"Minggu depan, kau tahu kan mommy akan menyambut ulang tahun.. dia ajak kau untuk datang sekali."
"Walaupun aku ni bukan lagi kekasih anaknya?" Sambung Freen dalam bentuk pertanyaan. Seketika, fikirannya tertuju pada seseorang.
"Kau masih dianggap sebagai anaknya.. walaupun aku pernah tak sukakan kau. Tapi sekarang aku rasa, lebih baik kau jadi kawan aku atau saudara tak sedarah." Ujar Billy kemudian meminum wine anggur di gelasnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
You Mean To Me
Romance"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...