HAPPY READING 🤍
"How's everything?"
Bunyi garpu dan pisau berlaga dengan pinggan memenuhi ruang makan. Sang ayah yang bertanya telah membuatnya sedikit gugup namun dia cuba menormalkan diri agar terlihat biasa saja.
"Seperti yang daddy lihat semalam, semuanya sempurna."
Mr. Ounsa-ard seketika berhenti menyuap. Pandangan matanya yang tajam sedang menatap anak perempuan satu-satunya itu. Bella menelan air liurnya kerana ayahnya terlihat gerun kali ini. Dia tidak berani untuk bertatap mata dengan ketua keluarga Ounsa-ard itu. Pasti ada sesuatu yang telah terjadi, tidak mungkin tidak.
"Ya, semoga." Mr. Ounsa-ard kembali menyuap potongan daging ke mulutnya.
Bella menghela nafas lega. Tapi jangan bersenang-senang dulu.
"Bella ada pergi mana-mana beberapa hari lepas?"
Gulp
Bella tertunduk kaku sebentar bahkan kunyahannya semakin perlahan.
'Bernafas Bella, bernafas..' dia berkata dalam hati lalu memandang ayahnya dengan berani.
"Freen ada bersama dengan Bella dad. Kami-.."
"Just answer the question. Itu saja." Potong sang ayah tanpa melihat anaknya, sedangkan mulutnya sibuk dengan makanan.
Mrs. Ounsa-ard merasa kasihan melihat anak perempuan satu-satunya yang seperti disoal-siasat oleh ayahnya sendiri.
"Ehm.."
"Sudah-sudahlah sayang. Habiskan sarapan dulu nanti terlambat turun office. Bella, makanlah nak. Jangan hiraukan daddy kamu ni. Nanti ikut mommy pergi butik, okay." Bella mengangguk.
"Baiklah mom."
Billy yang sedari tadi hanya diam pun bersuara, mengatakan bahawa dia akan ke lapangan golf untuk menjalani latihan.
_____________
"Aku harap dia tak terkejut."
Becky beberapa membelek tubuhnya yang kini berbalut pakaian renang di hadapan cermin di bilik mandi. Pagi tadi dia sempat keluar membelinya bersama Freen cuma wanita itu tidak tahu rupa pakaian yang ia beli kerana dia terlebih dulu membayarnya.
Di kolam renang, Freen terlebih dulu menceburkan diri sehingga ke dasar kolam lalu ia cuba berjalan di lantai itu sampai ke hujung. Tidak dapat dipungkiri, sifat kekanakannya masih melekat dalam dirinya. Dia ingin bermain-main.
"Heuhh.."
Dia beberapa kali mengusap wajahnya kemudian menolak rambutnya ke belakang ketika timbul. Freen masih belum sedar jika seseorang sudahpun berdiri di belakangnya.
Dan, ketika ia berbalik ingin kembali ke tempat asal...
"Ah shit..!"
"Khun Freen? Are you okay?" Suara dari sebelah sana.
'Lantaklah Freen. Kau sendiri yang janji kelas berenang. Ni makannya.' Umpatnya dalam hati, kemudian ia berenang ke tempat semula lalu berdiri dengan sedikit jarak dari Becky.
YOU ARE READING
You Mean To Me
Romance"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...