HAPPY READING 🤍
2000 lebih patah perkataan. Enjoy!Seorang wanita memerah kain di dalam besen lalu dilapkan ke tubuh sang suami yang duduk di kerusi roda. Senyuman di bibir tak pernah luput melihat suaminya yang kini beransur pulih walaupun ketika ini masih bergantung pada ubat dan terapi. Gerakannya semakin perlahan ketika tiba di bahagian perut yang berparut lalu menyentuhnya lembut.
"Tak ada lagi kata sempurna di badan saya. Parut ni hodoh."
Becky ketawa kecil namun dia berhenti bila melihat wajah suaminya kelihatan muram.
"Tidak. Awak nampak gagah, sayang."
"Tapi saya cacat Becky.." Freen sedih mengenangkan dirinya yang berkerusi roda. Bahkan untuk membuang air besar atau air kecil pun harus dibantu. Sungguh, dia rasa malu untuk dipuji gagah.
"Sayang please, jangan pernah cakap macam tu. Yakinlah, awak akan dapat berjalan lagi. Tapi sekarang, awak dah ada saya sebagai isteri awak. I can take care of you." Becky mengusap lembut pipi suaminya itu.
"Becky, awak perlukan rehat dan berhenti menjaga saya. Atau mungkin.." Freen jeda seketika. Berat rasanya untuk meneruskan kata-katanya.
"..awak perlu mencari pengganti. Saya dah tak berguna, menjadi suami yang cacat dan tak boleh melindungi awak. Saya tak dapat buat apa-apa pun.. hanyalah beban untuk awak." ucap Freen dengan nada yang lirih.
Becky menitiskan air mata namun dia mesti kuat. Lalu dia pun bangun memeluk kepala Freen dan memberinya kucupan meski agak sukar kerana perutnya yang semakin membesar.
"Tak akan Freen.. orang yang saya cintai hanya awak seorang. Tidak mudah untuk saya mencari yang lain sedangkan hati ini memilih awak. Please, jangan cakap macam tu. It hurts me." Lalu Becky mengambil kedua tangan Freen, menuntunnya ke arah perutnya.
"Tinggal beberapa minggu saja lagi kita akan jumpa bayi kita-.. akhh!"
"Becky sayang, baby nak keluar ke?" Becky ketawa kecil kerana wajah Freen yang berubah panik dan bimbang sambil meraba perutnya. Seketika suasana sedih dilupakan.
Kandungan Becky kini berusia 8 bulan lebih. Siapa sangka 6 bulan telah berlalu dengan begitu cepat, bahkan tidak terasa. Masih jelas di ingatan dimana pernafasan Freen tidak teratur dan jantungnya tiba-tiba berhenti berdegup. Becky sangat panik dan takut jika Freen akan meninggalkannya pada saat itu. Tangan Freen digenggamnya dengan sangat erat walaupun pada ketika itu doktor dan jururawat berusaha menangani Freen. Becky tetap tidak mahu melepaskan genggaman walau sesaat pun ketika sang ayah menariknya untuk menjauh. Bibirnya bahkan bergetar memanggil nama Freen. Tiada siapa yang mahu kehilangan orang yang dicintai. Becky juga tidak mahu anaknya kehilangan daddynya sebelum sempat merasakan kasih sayang orang tuanya.
Tapi syukur, Tuhan mendengar suara hatinya ketika itu. Freen kembali bernafas secara normal. Berat bagi Becky untuk melalui ujian hidup dan dia harus kuat demi bayi dalam kandungan. Becky bahkan hampir tidak mahu pulang kerana takut Freen akan benar-benar pergi jika tidak dipujuk agar berehat di rumah walaupun tiga kali seminggu, selebihnya dia akan bermalam di hospital menemani Freen.
Becky sangat rajin mengajak Freen berbual walaupun responnya hanyalah air mata. Putus asa tidak ada dalam kamusnya sehinggalah 4 bulan kemudian Freen sedar. Becky juga memujuk kedua orang tua mereka agar pernikahannya dengan Freen dilangsungkan di hospital.

ANDA SEDANG MEMBACA
You Mean To Me
Romantik"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...