26

390 30 4
                                    

HAPPY READING 🤍

Pagi ini, burung berkicauan sungguh merdu. Matahari mulai timbul separuh dan langit yang membiru seakan memberitahu bahawa cuaca hari ini akan cerah.

Di atas tilam, terdapat dua manusia dengan kelamin yang berbeza. Salah satu dari mereka mulai membuka mata. Yang pasti, pemandangan pertama yang dilihat di pagi ini adalah orang yang tidur di sebelahnya. Freen tersenyum melihat Becky yang tidur meringkuk dengan kepala yang diletakkan di atas tangan. Juraian rambut sedikit mengganggu tapi kecantikan yang wanita itu miliki tetap terserlah. Freen sangat mengagumi keindahan yang diciptakan oleh Yang Berkuasa.

"Emh.."

Becky akhirnya tersedar dari tidur.

"Hello princess, good morning."

"Phi Freen.." orang yang disebut itu menampakkan baris gigi arnabnya.

"Mimpi apa tadi? Nyenyaknya tidur."

Becky menggosok matanya agar terjaga dan menghilangkan rasa kantuknya.

"Saya mimpi.. yang phi.. jadi bapak orang, lepas tu.. berjanggut panjang sampai ke dada." Ucap Becky perlahan kerana masih dalam mood mengantuk.

"Hah?! Mimpi apa macam tu.."

Lihatlah riak di wajah wanita ini, sangat lucu. Becky pun tertawa dengan suara yang kedengaran serak khas orang baru bangun tidur.

"Plaek plaek.." katanya lagi.

"I'm just kidding phi. Saya tak mimpi apa-apa pun cuma rasa yang sangat tenang dan damai."

"Sebab saya tidur bersama dengan awak." Sambung Freen dengan wajah sombong.

"Jangan cepat bangga phi Freen. Ingat itu." Becky memutar bola matanya, malas.

"Awak tak merajuk lagi, kan?"

"Sudahlah. Saya nak mandi dulu." Freen turut bangun mengikuti langkah Becky.

"Ayuh."

"No, phi. Nanti saja selepas saya."

___________

"Kemana dia? Dari semalam tak balik-balik rumah." Dengus seorang wanita sambil dia mengusap perutnya yang masih rata.

"Baby sabar ye, mommy masih cari daddy kamu. Kamu mesti rindu kan dengan daddy? Mommy juga rindu."

Hari ini sepatutnya Freen ada bersamanya kerana mereka akan pergi check-up. Tapi dari semalam dia cuba menghubungi tunangnya namun tak berjawab dan pagi ini juga sama.

"Maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihub-.."

Tut

"Tck! You dimana Freen.."

Sudah berpuluh panggilan dan mesej tak dibalas. Kemanakah wanita itu pergi? Bella berjalan mundar-mandir. Sekali lagi dia mencuba menghubungi Freen namun tetap gagal.

You Mean To MeWhere stories live. Discover now