14

875 46 1
                                    

HAPPY READING 🤍

"Bodoh bodoh bodoh! Kau semua tak reti nak buat kerja ke?! Ni apa? Aku kata lain, kau buat benda lain. Keluar sekarang! Semaklah!"

Wanita ini bercekak pinggang dengan nafas yang menderu kerana baru saja melampiaskan amarahnya pada orang yang tidak sepatutnya menerima tempias. Hari ini semuanya dirasa tidak kena, seperti ada sesuatu yang mengganggu.

"Hei, are you okay?"

Tangannya diangkat ke udara.

"I perlukan udara segar." Ujarnya lalu melangkah keluar dari dewan besar itu.

____________

Di hadapan ini, sebuah pantai terbentang luas dengan ombak yang menghempas tenang. Matahari tenggelam disaksikan oleh mereka yang sedang menikmati pemandangannya.

Indah.

Dua orang wanita sedang duduk di sebuah bar. Entah bagaimana tapi yang pasti salah satu dari mereka yang membawa ke tempat ini. Katanya ingin mengajak ke sesuatu tempat dengan sebuah alasan iaitu menenangkan jiwa, jadi yang satunya lagi menuruti walaupun pada mulanya sedikit ragu namun dia percaya.

"Matahari yang sedang terbenam..awak tahu tandanya apa?" Tanyanya dengan mata yang masih setia ke arah sunset itu.

Kerutan di dahi mulai timbul.

"Masa untuk pulang?" Jawabnya dengan nada tanda tanya di belakang.

Ya, pulang. Dia harus tiba di rumah kerana sekarang sudah pukul 6.35 petang. Rasa letih yang menyerang sendi dan saraf pada tubuh membuatnya ingin segera berbaring di tilam yang empuk. Namun, rasa itu sedikit hilang kerana keindahan di pantai ini. Sudah lama dia berhasrat untuk ke pantai dan sekarang keinginannya termakbul oleh disebabkan atasannya yang kini meneguk minuman jus di gelas.

"Salah. Matahari terbenam tandanya sedang berputar mengelilingi bumi. Di sini akan berubah menjadi malam sedangkan di tempat lain akan mengalami matahari timbul iaitu waktu pagi."

"Manusia akan berehat pada waktu ini.. tapi-.." dia sengaja berhenti sejenak.

"..ada yang berkeliaran di luar sana tanpa berfikir jika masa itu terus berputar. Ada yang menunggu pasangannya pulang atau mungkin keluarganya. Mereka tidak tahu."

"Hmm?"

Aneh rasanya kerana wanita di sampingnya ini tiba-tiba membahas sesuatu yang ia rasa lain dari yang lain.

Caranya berbicara.

Dia terkekeh sebentar lalu menggeleng sambil menarik nafas panjang.

"Tidak ada."

Lalu dia memanggil bartender dengan memetik jari.

Dan pesanannya membuat wanita di sampingnya membulatkan mata.

"Maaf, tapi saya nak balik khun. Sudah cukup rasanya kita berada di tempat ini. Saya taknak nanti khun Freen mabuk lalu kita kemalangan. Saya belum sempat untuk meminta ampun dari mae dan pho."

You Mean To MeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang