HAPPY READING 🤍
Bunyi ketukan pintu mengalihkan perhatian wanita yang sedang sibuk dengan lebaran kertas yang panjang.
"Khun Rebecca."
"Ya?"
"Maaf sekiranya mengganggu tapi tolong saya untuk hari ini, boleh?"
Becky memandang kerjanya di meja sebelum mengangguk.
"Okay good, sekarang ni saya ada hal mustahak jadi saya perlukan khun Rebecca untuk menemani Miss Freen lunch." Ujar Nam.
Becky mengangkat kening. Kenapa harus menemani wanita itu? Apa dia takut makan seorang diri? Atau...?
"Hanya itu?" Nam mengangguk dengan yakin. Becky memandang jam di pergelangan tangannya.
"Ermm sebenarnya saya ada janji dengan siapa nama dia.. Songket? Sonted?"
"Songjet."
"Haah Songjet.. kami janji nak lunch bersama lepas ni-.."
"Batal saja. Korang boleh makan bersama di hari yang lain. Hari ini saja khun, makan dengan Miss Freen. Dia tak biasa makan seorang diri dan dia harus ditemani bila waktu makan. "
"Ahh baiklah kalau begitu. I will go with her."
"Nice. Saya pergi dulu khun."
"Tunggu. Rasanya lebih baik kalau phi Nam panggil saya nong Becky, itu lebih selesa, tidak perlu memanggil saya khun Rebecca lagi. Jangan terlalu formal sangat, segan rasanya."
"Baiklah nong. Jumpa lagi nanti."
"Ehm phi Nam, khun Freen tidak macam yang orang ceritakan? Aku cuma rasa gugup sedikit."
"Tidak, dia sangat berbalik dari apa yang orang cerita. Kalau dah kenal dia siapa, kau akan tahu bagaimana rasanya berkawan dengan dia. Jangan risaulah Miss Freen jenis yang tak mudah makan orang pun asalkan tak cari masalah dengan dia sudah." Ujar Nam yang seolah faham dari pertanyaan Becky.
Setelah Nam keluar, Becky memegang dadanya. Dia merasakan detak jantungnya yang tiba-tiba berdetak tidak normal dan semakin tak keruan. Kenapa dengannya? Tanpa dipinta, isi kepalanya penuh dengan kejadian yang berlaku di club tempoh hari.
"Shit. Stop Becky stop.."
Dengan dorongan semangat dari diri sendiri, dia tetap berusaha untuk fokus pada kerjanya walaupun ingatan tersebut terkadang bersilih-ganti di fikirannya.
Minit jam terus berputar dan semakin berlalu ke depan. Sekarang sudah menunjukkan waktu tengah hari, bermaksud masanya telah tiba untuk menemani wanita itu lunch. Namun Becky masih duduk diam di kerusinya seolah merenungi nasib sehingga tidak sedar jika seseorang sedang berdiri di ambang pintunya.
"Ehem..! It's time to lunch break."
Becky mendongakkan wajahnya.
"Songjet?"
"Hai Bec, aku tanya Nam tadi tempat kau kat mana. Jadi tadaa aku sampai sini. Jomlah makan sama dengan yang lain." Songjet berjalan ke arah Becky untuk menariknya bangun dari kerusi.
"Tapi aku-.."
"Aku tahu kau malu dan segan nak jumpa staff lain. Jangan risau aku ada." Songjet menepuk dadanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
You Mean To Me
Romantik"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...