31

406 33 2
                                    

HAPPY READING 🤍

Haruskah Becky terkejut?

Seorang wanita sedang berdiri di hadapan pintu apartmentnya. Dia terlihat anggun dan cantik walaupun usianya semakin tua.

"Mommy?"

Wanita itu menoleh.

"Freen? Kamu?" Wanita itu memincingkan matanya melihat sang anak yang muncul bersama Becky. Awalnya dia percaya anaknya akan menjauhi gadis itu kerana di hari pertama mereka tidak berinteraksi. Namun pada saat dia mendengar khabar dari orangnya bahawa anaknya menjenguk gadis itu ketika sakit, dia marah sehingga menyelidik tempat tinggal gadis itu. Dia harus memberi amaran pada gadis itu agar menjauhi anaknya.

Lebih mengejutkan lagi, hari ini, di apartment ini, anaknya sendiri menggandeng tangan gadis itu. Bahkan genggaman itu tidak lepas, malah semakin erat. Hatinya panas. Bagaimana dengan nasib Bella jika terus dibiarkan begini? Tidak, ini tidak boleh dibiarkan. Maruah keluarga Chankimha akan tercalar jika keluarnya berita bahawa anaknya berselingkuh di belakang tunangnya. Dan bagaimana dengan pandangan orang ramai yang akan mencaci mereka?

"Mommy buat apa di sini?" Freen melangkah ke depan, sedangkan Becky disuruhnya berada di belakangnya dan tangan mereka yang masih tergenggam erat.

"Oh, mommy ada sedikit urusan dengan dia. Ada benda penting nak cakap."

"Saya ada di sini, mommy boleh cakap depan-depan supaya saya boleh tahu apa benda penting tu?"

"Hai Rebecca, bukankah tidak sopan membiarkan tetamu berada di luar. Tak nak bagi aunty masuk?" Puan Chankimha tidak peduli dengan pertanyaan anaknya, melainkan mengarahkan pandangan pada gadis itu.

"Err maaf aunty.. masuklah." Becky melepaskan tangan Freen lalu membuka kunci apartmentnya.

"Maaf jika aunty tak selesa dengan rumah ni. Duduklah. Saya siapkan minuman dulu. Aunty nak air apa?"

"Tak perlu susah-susah. Aunty pun takkan lama."

"Mommy.." Freen merasa ibunya tidak sopan.

"Air kosong cukuplah." Becky mengangguk lalu bergerak ke arah dapur. Tidak lama, dia pun muncul dan Freen membantunya meletakkan gelas-gelas yang berisi air kosong tersebut.

"Sudah berapa lama?" Soalan mendadak menyerbu pasangan itu.

Becky menoleh melihat Freen. Wanita itu mengusap tangannya lembut seolah memberitahu semuanya baik-baik saja. Puan Chankimha diam melihatnya pemandangan di hadapannya. Lihatlah betapa beraninya anaknya ini.

"Mommy ada ketinggalan sesuatu, Freen Sarocha Chankimha?" Puan Chankimha sengaja menekan nama penuh Freen membuat sang anak merasa gugup tiba-tiba. Padahal tadi perasaannya tenang walaupun sedikit gusar semenjak kehadiran ibunya.

"Jawab mommy, Sarocha."

Freen memberanikan diri untuk bertatapan mata dengan sang ibu. Iris coklat mereka bahkan sangat mirip.

"Kalau Freen jujur, harap mommy tak marah.. Maaf mom, Freen tidak menuruti kata-kata mommy.. Freen tak boleh jauh dari dia. Rebecca-.."

"Mommy takkan marah jika kamu bukan tunang orang, tapi apa yang kamu berdua buat sangat salah." Puan Chankimha sangat tahu apa yang telah terjadi antara anaknya dan gadis itu, Rebecca. Dari awal pertemuan tadi, dia sangat cepat menyedari gerak-geri dan cara berjalan gadis itu yang kelihatan berbeza dari mula mereka kenal. Sebagai orang yang penuh pengalaman, anaknya pasti telah meniduri gadis itu.

You Mean To MeWhere stories live. Discover now