HAPPY READING 🤍
"Kau tahu tak, salmon adalah kegemaran Khun Freen." Kata Nam seusai menutup telefonnya.
Ada yang aneh dengan Freen, fikirnya. Belum pernah lagi dia mendengar sahabatnya itu seperti mengalami kebimbangan. Tapi Nam tidak mahu cepat menyimpulkan sesuatu.
Becky hanya diam mendengarkan Nam yang saat ini khusyuk memandu. Perjalanan mereka tidaklah jauh mana, hanya 10 minit sahaja jarak di antara market dengan Chankimha Company.
"Tapi aku hairan sebab sepanjang aku bekerja dengan dia, tak pernah sekalipun aku tengok si Bella tu datang masakkan salmon untuk khun Freen. Baru kau, Becky."
Keningnya terangkat sebelah dengan rasa keliru sambil memandang ke arah wanita itu.
"Maksud phi Nam?"
"Entah. Haraplah aku ni salah dalam membuat spekulasi. Apa-apa pun kita dah nak sampai dah."
Masih banyak masa. Kini, mereka bertungkus-lumus untuk menyediakan blackened salmon seperti yang Freen minta.
Salah.
Bukan mereka tapi Becky sahaja kerana Nam hanya membantu melihat.
Nam tak guna.
Becky ingat Nam akan membantunya. Benar-benar membantu tapi tidak. Dia menduga bahawa ini juga dari arahan atasannya, siapa lagi kalau bukan Freen.
Haish.
Untungnya membuat blackened salmon tidak mengambil masa yang lama. Benar-benar hukuman ringan.
Bermula dari memerap salmon sehinggalah menggoreng, Becky melakukannya dengan penuh hati-hati. Ibunya pernah berpesan, memasak itu haruslah dengan rasa kasih sayang supaya masakan tersebut menjadi dan enak. Becky menerapkan ajaran ibunya walaupun dia sendiri jarang memasak untuk diri sendiri. Sangatlah tidak patut .
Dengan rasa was-was, Becky cuba untuk membalikkan isi salmon agar masak sekata.
Hampir berjaya.
Sedikit saja lagi.
Ya sedikit.
And gotcha!
Seolah-olah dapat menghirup udara segar, Becky akhirnya bernafas lega. Salmonnya tidak hangus. Tidakkan. Hanya sedikit saja. Oh, ada kehitaman di bahagian hujung tapi tidak apa asalkan tidak pada keseluruhannya.
"Oh, Nam kamu di sini rupanya?"
Bella datang mendekati sambil memeluk dada. Dia ikut melihat arah yang Nam pandang. Ternyata ada wanita itu di sini. Buat apa dia? Memasak? Dia terlihat seperti orang yang tergopoh-gapah ketika ingin menyajikan makanan ke atas pinggan.
"Miss Bella."
"What the hell is she doing?"
"Hanya memasak, seperti yang Miss Bella tengok. Saya perlu memantaunya saja."
"Oh ya? Dia seperti orang yang cemerkap. Dari gayanya itu saya boleh tahu dia adalah orang yang tidak pandai mengendalikan barang dapur. See.."

ANDA SEDANG MEMBACA
You Mean To Me
Romance"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...