36

666 55 3
                                    

HAPPY READING 🤍


"Macam mana keadaan anak saya, dok? Cucu saya selamat, kan?" Mrs. Ounsa-ard kelihatan gelisah. Sejak Bella dihantar ke hospital disebabkan terlalu syok, ibu mana yang akan duduk diam dan tenang. Lebih-lebih lagi kandungan sang anak yang masih terlalu muda, keguguran akan mudah terjadi.

"Puan, sila bertenang. Everything was fine jika dibandingkan semalam. Janin di dalam kandungan Miss Bella sangat sihat dan kuat. Mereka baik-baik sahaja."

"Boleh saya masuk untuk jenguk anak saya?" Tanyanya membuat doktor wanita tersebut tersenyum lalu mengangguk.

"Anak puan sekarang tengah tidur lepas disuntik ubat. Masuklah puan. Kalau begitu, saya minta diri dulu." Selepas doktor itu pergi, Mrs. Ounsa-ard pun masuk lalu duduk di sebelah katil Bella. Benar saja, anaknya sedang berbaring tenang.

"Bella.. maafkan abang kamu. Disebabkan perbuatan daddy, Bella turut jadi mangsa. Tapi mommy pun tak sangka.." Mrs. Ounsa-ard jeda seketika.

"..ternyata selama ni kamu bermain di belakang Freen, nak. Mommy fikir, semuanya berjalan lancar tapi tidak." Wajah sang anak ditatapnya sayu.

"Siapa pun ayah kepada anak dalam kandungan Bella, mommy nak dia bertanggungjawab." Dikucupnya dahi Bella dengan penuh kasih.

Tok

Tok

"Aunty.."

Mrs. Ounsa-ard menoleh ke arah pintu yang terkuak, menonjolkan seorang lelaki tinggi dan kelihatan segak dengan berpakaian casual.

"Kamu...? Kamu lelaki di dalam video tu, kan?!" Suara Mrs. Ounsa-ard sedikit meninggi namun penuh dalam tekanan. Anggukan dari lelaki tersebut membuatkan darahnya naik. Siapa sangka si pelaku yang menyebabkan anaknya mengandung di luar nikah, berani datang bertentang mata dengannya di sini.

"Ya, saya aunty.." Lelaki itu perlahan menunduk, melarikan pandangan dari sang ibu kekasihnya yang sedang menatapnya tajam.

"Kamu datang sini nak apa? Lihat anak saya sekarang..! Puas kamu?! Rosakkan anak yang saya dah curahkan kasih, yang saya bela sejak dari dalam perut lagi..?" Suara Mrs. Ounsa-ard terdengar lirih di hujung kata.

"Senangnya kerja lelaki sekarang.. hamilkan anak orang lepas tu tinggalkan bila dah ambil sedap. Sampainya hati kamu."

"Tidak, aunty. Kami buat benda tu sebab kami saling mencintai-.."

"Cinta? Kamu tahu tidak, benda yang kamu buat tu adalah nafsu. Yang anak saya cintakan hanyalah Freen seorang. Mereka dah lama bersama dan sekarang.. dengan mudahnya kamu rosakkan harga diri anak saya..? Di mana hati nurani kamu masa tu? Jawab saya..!"

"Aunty.. saya betul-betul minta maaf.. saya tak pernah berniat untuk rosakkan Bella, sumpah. Tapi izinkan saya untuk bertanggungjawab. Saya akan jadi suami dan ayah yang baik untuk Bella dan anak kami." Arnold berlutut.

"Jika betul kamu cintakan anak saya, maka buktikan.. buktikan pada kami, bukan melalui kata-kata tapi semuanya. Saya akan awasi gerak-geri anda, ingat itu.."

___________

Freen melihat video cctv yang baru dihantar oleh Nam.

You Mean To MeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang