HAPPY READING 🤍
Becky pov
Aku terbangun ketika matahari terpancar terik yang masuk melalui celah jendela. Sudah pukul berapa sekarang?
Tunggu.
Aku meraba setiap bahagian tubuhku ingin memastikan jika pakaian tidur masih lengkap di badan. Lega rasanya. Jadi, yang semalam hanyalah mimpi? Kenapa rasanya berlaku dengan nyata? Aku tidak berhenti mengata diriku gila kerana termimpi benda seperti itu. Rasanya aku ingin menjerit seperti orang yang sudah hilang akal.
Bodoh.
"Becca, sudah bangun nak?"
Itu suara ibuku.
"Mae."
"Freen dah tunggu di bawah dengan pho. Pergilah bersiap, kita sarapan dulu sebelum kamu berdua turun kerja. Kami tunggu."
Aku melihat jam. Rupanya baru pukul 7.40 pagi.
Eh?
Aku sudah terlambat untuk bangun! Sudahlah tempat kerja memakan masa 45 minit dari sini. Tidak mahu melengahkan masa lagi, aku melangkah cepat menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri dengan ala kadar sahaja. Hanya 5 minit saja masa yang ku ambil lalu segera menyarungkan pakaian kerja dari almari di tubuh. Tidak ada masa lagi. Ini semua kerana mimpi tadi. Freen pasti akan memberi ceramah yang panjang lebar tapi kenapa dia tidak membangunkan aku? Susah betul jadi orang.
"Lambat bangun Becca?"
"Err..maaf pho." Aku mengatupkan kedua tapak tanganku. Dan tentunya juga kepada Freen.
"Maaf Khun Freen." Tuturku dengan nada separuh berbisik. Dia hanya membalasku dengan senyum kecilnya yang hampir tak berbentuk di bibir.
"Duduklah. Mari kita berdoa dulu."
Aku hampir gelojoh makan kalau aku tidak teringat akan pemilik Chankimha Group yang ada di sini bersama keluargaku. Hampir terlupa sebenarnya. Aku berharap dia tidak akan marah memandangkan kami akan turun sama. Lagipula, dia juga termasuk dalam kategori orang yang salah. Siapa suruh dia tidak menggerakkan aku untuk bangun. It is not my fault at all, take a note.
"Pho, mae, Becca kerja dulu ya. Nanti bila ada masa free, Becca akan datang ke sini lagi." Aku memeluk mereka dengan erat. Rasa rindu itu akan selalu hadir tapi aku tetap menguatkan diri sendiri untuk mencari makan demi keluargaku. Sekarang ini, nasib agak menyebelahiku. Aku tahu bahawa DIA sentiasa berada di sisiku.
"Jaga diri baik-baik. Jangan menangis lagi ya, kalau ada apa-apa ceritakan saja pada pho dan mae.. kalau tidak pada kami, itu Freen ada."
Ya, Freen berdiri di belakangku.
"Saya akan selalu menjaganya dengan baik aunty, uncle. Percaya pada Freen."
Aku sedikit tersenyum mendengarnya.
"Bye pho, mae.. Becca pergi dulu. I am gonna miss you both."
"We miss you too sweetheart."
"Kami jalan dulu."

ANDA SEDANG MEMBACA
You Mean To Me
Romance"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...