HAPPY READING 🤍
Ternyata tiga hari sudah berlalu. Keadaan Becky kini semakin membaik dan dapat berjalan dengan lancar walaupun jalannya mungkin masih sedikit pincang. Semuanya kerana ibunya yang berada di sisi, merawat dan selalu menyokongnya.
"Mae, Becca nak keluar jalan-jalan hari ni boleh?"
"Are you sure darling? Berjalan pun masih terincut, macam mana nak jalan."
"Sikit je pincang tu, mae sendiri yang nampak."
"Baiklah tapi depan rumah je, okay?" Becky mengangguk.
Sepanjang tiga hari terperap membuat dia rasa baru keluar dari gua dan menikmati dunia luar. Sebaik saja berada di luar apartment, Becky terdiam seketika bahkan kakinya tidak mampu digerakkan. Ibunya beberapa kali memanggil tetap tak berjawab.
"Hei Becca..! Buat apa tercegat lagi, kata nak jalan-jalan." Rungut ibu Becky. Sehinggalah sebuah tamparan yang hinggap pada lengannya membuat Becky tersedar.
"Oh mae.. jom pergi sana, Becca nak beli air, haus."
"Baru saja keluar rumah. Tadi kenapa tak bawa saja botol air, jimat sikit duit."
"Mae tak payah banyak cakap okay, Becca kata jom, jomlah." Ujarnya lalu menarik ibunya. Lebih tepat, dia tidak mahu ibunya melihat orang itu.
'Untuk apa dia datang ke sini?'
Mereka masuk ke sebuah supermarket yang berdekatan. Becky bukannya mencari barang keperluan, malah mengajak ibunya berpusing satu tempat.
"Becca, tunggu nak..! Ya ampun budak ni laju sangat jalan.. eh, Freen?"
"Hai aunty.."
"Kamu membeli-belah di sini juga?" Freen mengangguk.
"Sebenarnya Freen-.."
"Mae, cepat-.. lah?"
"Hello nong."
Becky berdiri kaku di belakang ibunya. Manusia yang ia hindari sedari tadi sedang berdiri di hadapan ibunya, yang sudah tentu juga berdiri di hadapannya.
"Emm.."
"Kebetulan kamu juga ada di sini.. ni, tolong tengokkan Becca.. aunty dah penat layan karenah budak ni. Aunty nak rehat kejap." Keluh ibu Becky sambil memegang pinggangnya, ditambah lagi rasa ingin patah kaki kerana dok mengikut langkah laju sang anak. Sudah sangat sihat agaknya.
"Mae?"
"Emm.. Apa kata kita ke taman sana dulu.. biarkan mae awak berehat. Izinkan saya, aunty.." Ujar Freen menghampiri.
"Tap-.."
"Pergilah pergi pergi.. Freen nak bawa dia pergi mana-mana pun takpe.. tak payah bawa dia balik, culik dia pun aunty tak kesah."
"Mae! Apa mae merepek ni? Mae doakan Becca diculik?" Dasyat. Kejam sekali ibunya. Tahulah sukakan Freen.
"Pergilah sana, kata rindu."
"Mae...." geram Becky dengan suara tertahan. Malu besar dia dibuatnya, apatah lagi Freen sedang menatapnya.
Shit.
YOU ARE READING
You Mean To Me
Romance"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...