HAPPY READING 🤍
Freen pov
Aku bangun di pagi hari, melihat wanita yang tidur nyenyak di dalam pelukanku. Semoga perasaan bahagia seperti ini akan berkekalan sehingga kami menua bersama. Itu adalah harapan ku.
Perlahan, aku bangun setelah mengalihkan tangannya yang berada di dada ku dengan penuh berhati-hati agar tidak terbangun. Dia sedikit menggeliat.
'Comel.'
Kemudian, aku membersihkan diri lalu berganti pakaian. Aku melihat ke arah katil. Dia masih tidur dan tidak terganggu sedikit pun ketika aku mencuri ciuman di bibirnya.
'I promise, lepas semuanya selesai.. i will marry you, Becky.' Ucapku dalam hati.
Sebaik saja masuk ke dalam kereta, aku menelefon Nam, menyuruhnya untuk datang sekaligus menemani wanitaku. Akhirnya, aku berangkat ke dewan di mana majlis perkahwinan ku dengan Bella akan berlangsung.
Ting!
Sebuah mesej masuk dan aku membukanya sambil mataku sesekali fokus pada pemanduan. Jangan bimbang, aku tidak memandu melebihi had kelajuan. Lagi pula, aku tidaklah terlalu teruja seperti orang lain yang tidak sabar untuk bergelar suami isteri. Jika pengantin perempuan ku ialah Becky, maka aku akan berada di majlis itu secepatnya.
Aku tersenyum sinis ketika membaca mesej tadi, yang sebenarnya adalah dari daddy. Jari-jemariku yang berada di stereng kereta menari rancak sambil bibirku bersiul.
Bukti sudah cukup. Semuanya berada dalam genggamanku. Ah, aku ingin melihat bagaimana reaksi bapa mertuaku. Eh, bukan bapa mertua tapi bapa mertua tak menjadi. Sudah lama aku tahu dia menginginkan aku untuk menjadi menantunya walaupun terkadang sikapnya seperti tidak mahu atau bahkan berpura-pura tidak suka melihat kehadiranku.
"Khun Freen, kita dah tak banyak masa lagi." Ujar seorang MUA yang sudah pun mengeluarkan peralatan mekap lalu mulai mengerjakan tugasnya.
Tuxedo berwarna biru gelap tersarung di badanku dan dilengkapi dengan bow tie di leher. Orang-orang yang berada di dalam bilik ini bersamaku menatap kagum pada ku. Aku tahu mereka terpesona tapi aku tidak peduli. Lagi pula, aku sedar aku adalah wanita tampan.
"Betapa beruntungnya Miss Bella dapat suami macam khun Freen. Segak, tampan dan bergaya."
"Betul, saya sangat setuju."
"Andai bakal suami saya macam khun Freen nanti. Ah! Bergetar pula rahim ni."
Aku terkekeh kecil mendengar ucapan mereka.
"Khun Freen, jangan senyum takutnya kami masuk hospital nanti. Kami ni mudah mencair auw!" Ujar seorang lelaki lembut yang tadi membantu membawa pakaian pengantin ku. Dia adalah seorang gay, jadi tidak hairanlah bila dia tersipu malu memandangku.
Aku melirik jam di tangan ku. Masanya telah tiba. Mommy datang menghampiriku.
"Wow anak mommy ke ni? Kamu nampak bergaya, sweetheart." Mommy membelek diriku dengan mengelilingiku.
"Anak mommy dah dewasa. Rasanya baru semalam mommy beranakkan kamu." Mommy memegang kedua pipiku dan memberi tatapan penuh haru.
"Freen, kamu dah bersedia nak?" Aku memberinya senyuman palsu.
"Bila dah jadi suami nanti, jagalah Bella dengan baik okay. Apatah lagi sekarang dia mengandungkan anak kamu. Jaga cucu mommy elok-elok." Andai saja mommy tahu bahawa anak di dalam perut Bella adalah benih dari Arnold.

ANDA SEDANG MEMBACA
You Mean To Me
Romansa"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...