HAPPY READING 🤍
"Freen? Ternyata kamu."
Ibu Becky agak terkejut sebab Freen yang membuka pintu. Kepalanya memiring ke kiri melihat ke dalam. Ternyata anaknya sedang melambai ke arahnya dan menampakkan sebaris gigi yang sempurna.
"Hai mae."
Ibu Becky pun menerobos masuk setelah melihat keadaan anaknya.
"Saya ke dapur dulu."
Bibir Freen tidak berhenti mengukir senyuman. Anggap saja dia sudah gila atau angau. Fikirannya terimbas kembali tentang apa yang berlaku tadi.
"Mae datang, kita perlu buat apa?" Freen panik.
"Phi Freen harus sembunyi. Emm.. di sana, phi sembunyi di bilik mandi saja."
"Tapi kenapa harus sembunyi nong, kan boleh saja saya menyapanya."
"Ya benar juga. Kita bukannya kena tangkap basah. Lagipun dia tidak tahu apa yang kita buat tadi. Pergilah sebelum mae syak sesuatu."
"Baik."
Freen yang bergegas bangun hampir saja terpeleset. Becky menutup mulutnya menahan tawa.
Flashback end
Freen mencuci mangkuk kemudian mengambil air kosong untuk diberi pada Becky. Sesampainya di atas, dia pun masuk.
"Hi aunty.."
"Freen, aunty syukur sangat sangat sebab kamu ada bersama Becca. Kamu tahu kan, dia ni cemerkap kadang-kadang."
"Itu bukan suatu kebetulan kerana kami sedang bekerja masa tu, aunty." Jelas Freen dan membalasnya dengan senyuman.
"Apa-apa pun, aunty bersyukur Becca tidak mengalami kecederaan serius tapi lepas ni dah tak boleh angkat benda-benda berat tau, mae tak dapat selalu datang jaga Becca." Ujarnya pada sang anak.
"Mae.. jangan risau okay, Becca boleh jaga diri sendiri. Becca kan anak yang kuat." Becky mengangkat kedua-dua tangannya lalu menunjukkan otot lengannya.
"Kurus kerempeng macam ni kata kuat."
"Mae..! I am not, okay." Becky menjeling ke arah Freen yang menutup mulutnya sehingga membuat manusia itu berdehem seolah ada sesuatu di kerongkongnya.
"Budak ni memang tak boleh dipercayai. Freen.."
"Ya aunty?"
"..untuk hari-hari yang selanjutnya, aunty nak kamu sentiasa di sisi Becca dan jaga dia untuk kami. Bukannya apa, kami jauh dan jika ada masanya nanti kami akan ke sini." Freen mengangguk. Dia sangat setuju dengan cadangan ibu Becky.
"Mae.. mae tidur sini, kan?"
"Tentulah, kenapa? Becca nak mae balik sebab Freen ada, macam tu?"
"Maaee.. bukan itu maksud Becca ihh.." bibirnya mengerucut.
'Sifat manjanya terserlah ketika ibunya ada di sini dan dia begitu comel.' Ucap Freen dalam hati. Sudut bibirnya terangkat sedikit. Ini adalah peluangnya melihat sifat kekanakan Becky.

ANDA SEDANG MEMBACA
You Mean To Me
Romance"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...