27

322 29 1
                                    

HAPPY READING 🤍

ceklek

Dugh!

"I miss you daddy.."

Freen yang mula-mula agak terkejut kerana disergah oleh Bella di depan pintu mulai mengusap belakang wanita itu dengan lembut. Berharap tunangnya bertenang.

Oh ya. Bella sangat kerap memanggil Freen 'daddy' ketika ingin bermanja.

Freen pasrah asalkan wanita ini tidak bertingkah pelik, maklum sedang mengandung. Meski pun penat kadang-kadang tapi Freen tetap bersabar mengahadapi Bella.

"The baby?" Freen mengendurkan pelukan sang tunang.

"Dia lagi rindu dari mommy dia." Ucap Bella membuat Freen terkekeh lalu dia menurunkan kepalanya supaya selaras dengan perut Bella.

"Hi baby, please don't make your mommy miss me okay. It's not good."

Bella mengerutkan dahinya.

"..sebab mommy kena berlatih tau bila nanti daddy pergi bekerja di tempat yang jauh. Orait baby?" Freen mengangguk-angguk seolah-olah bayi di dalam kandungan Bella menyahutnya.

"Kenapa jauh? Kejap, baju siapa you pakai?" Hairan Bella kerana selama ini Freen sering memakai pakaian yang berwarna gelap. Hari ini tiba-tiba warna terang.

"I ada call daddy tadi sebab nak tanya you. I mesej you tak balas." Katanya lagi.

"Oh i bermalam di office and my phone was low bat.. so.. yeah.." Freen mengangkat kedua bahunya.

"Kita check up baby kan. Cepatlah nanti terlambat."

Bella hanya mengikuti langkah tunangnya. Tentang pakaian Freen, mungkin wanita itu membelinya tapi.. ah sudahlah.

Bumrungrad International Hospital

"Janin puan dalam keadaan sihat seperti yang kita lihat di sana, masih sangat kecil sebab masih dalam hitungan minggu. Saya sarankan untuk Miss kembali lagi ke sini dalam dua minggu."

Bella menatap kagum pada layar itu manakala Freen yang berdiri menemaninya, tidak tahu untuk memberi reaksi seperti apa.

"Perbanyakkan berehat dan kurangkan aktiviti-aktiviti lasak atau mengangkat benda-benda berat. Paling penting, Miss Bella tidak boleh stress, kerana faktor itu boleh menyebabkan keguguran janin sekiranya mengalami stress berlebihan memandangkan puan baru saja mengandung." Nasihat sang doktor lalu menurunkan dress untuk menutup kembali perut Bella.

"Akan saya perhatikan selalu, terima kasih doktor." Ucap Freen sambil membantu Bella bangun dari baringan.

"Saya dah senaraikan ubat-ubatan, jangan lupa untuk selalu makan vitamin, Miss." Bella mengangguk faham.

"Doktor, boleh saya tahu jenis kelaminnya macam mana?" Tanyanya lurus membuat doktor itu tertawa kecil, sedangkan Freen berdiri diam.

"Itu masih belum nampak lagi Miss, sebab janinnya masih sangat kecil. Kalau nak tahu apa jenis kelamin bayi, Miss boleh datang pada waktu yang paling sesuai iaitu 15 minggu dan ke atas. Miss Bella dah tak sabar ye." Doktor itu tersenyum dan Bella hanya tersengih.

"Tidak apa, sebab Miss pun masih tiada pengalaman dan ini akan menjadi pengalaman pertama. Tidak salah untuk bertanya sekarang."

"Dok, i actually worry about my weight.. saya takut berat badan saya tak normal." Tanya Bella kerana dia sering dengar khabar dari staff-staff wanita bahawa ibu yang mengandung akan mengalami kenaikan berat badan.

You Mean To MeWhere stories live. Discover now