10

814 49 3
                                    

HAPPY READING 🤍

*phone vibrate

Becky tersedar dari lamunan yang panjang lalu melihat siapa gerangan pemanggil di telefonnya.

"Hello mae.."

"...."

"Okay mae, Becca akan balik ke sana selepas habis kerja.."

"...."

"Tidak, Becca baik-baik saja mae..baiklah, jumpa nanti pho mae..bye.."

Becky kembali kepada perkara utama di atas meja kerjanya yang penuh dengan lakaran pelan dan peralatan. Dia mengamati jam di tangannya, ternyata sudah waktu untuk pulang lalu mengemas mejanya dengan cepat. Petang ini dia akan ke rumah orang tuanya untuk makan malam.

"Khun Rebecca."

"Aa..Khun Freen.."

Adakah nasibnya beruntung kali ini? Becky sedikit gugup dan tidak berani untuk memandang wanita yang sedang berdiri tidak jauh dari hadapannya itu. Masa mereka keluar juga sama. Lagipula, dia tidak menuruti permintaan Nam siang tadi.

'God, save me.'

"Mahu pulang sudah?"

Inikan masa pulang kerja tidak patut wanita ini tidak tahu atau mungkin dia sedang mencari topik.

Becky mengangguk. "Ya, khun."

"Okay.. ehm.. jika saya menawarkan tumpangan, sudikah awak pulang dengan saya?"

"Eerr.." bolehlah dia mengutuk di dalam hati? Kenapa Freen seperti orang yang suka padanya dan ingin berkenalan dengannya? Seolah-olah itu adalah caranya untuk mendekati lalu...arghh!

"Awak boleh pertimbangkan-.."

"Tidak apa Khun Freen, saya tak mahu menyusahkan khun, lagipun saya boleh naik teksi saja. Terima kasih atas tawarannya." Becky menolaknya secara baik. Ibunya pernah berpesan bahawa, janganlah bercakap kasar jika tidak ingin orang tidak suka pada kita. Jadi, Becky tidak mahu Freen tersalah anggap terhadapnya kecuali orang yang tidak sopan padanya.

"Saya belum selesai lagi berbicara khun. Saya boleh saja membiarkan awak naik teksi tapi kali ini dengan saya saja. Awak perlu tahu, saya tak suka bila ditolak." Salah, pada Bella mungkin ya, tapi wanita ini...

"Maaf khun, cuma saya tak mahu menyusahkan-.."

"Tidak. Siapa yang cakap susah? Bahkan saya sendiri yang menawarkan tumpangan pada awak, Khun Rebecca."

Becky agak terkelu untuk berkata-kata lagi. Adakah dia patut menerima saja tawaran wanita ini atau metolaknya lagi? Becky mulai buntu kerana hatinya menyuruh untuk terima tapi otaknya menyuruh untuk tolak. Bagaimana ni?

"Masa terus berjalan Khun Rebecca. Perlukah kita berdiri tercegat saja di sini sampai malam, sampai esok pagi hmm? Tidak susahkan untuk menjawab, ya? Bukan begitu?"

Setelah berfikir sedikit panjang, Becky memejam matanya lalu mengangguk.

"Baiklah, saya akan pulang dengan Khun Freen."

"Macam itulah, bukannya susah pun menjawab, ini seperti menjawab soalan peperiksaan saja." Ujar Freen yang terus berlalu dengan kaki jenjangnya menuju ke lift.

Becky menggaru belakang tengkuknya yang tidak gatal. Dia pun berjalan mengikuti belakang Freen seperti anak ayam.

Kini, keduanya berada dalam perut kereta porsche kuning milik Freen. Becky hanya diam menikmati keadaan luar sedangkan Freen fokus pada jalan. Suasananya hening kerana mereka masing-masing sibuk berbicara dalam hati sendiri.

You Mean To MeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang