HAPPY READING 🤍
Freen berjalan dengan langkah yang gagah. Tiada sesiapa yang berani memandangnya walaupun hanya lalu di hadapannya. Para pekerjanya sangat hormat dengan aura kewibawaan Freen sebagai seorang pembimbing yang menggerakkan anak buahnya dalam urusan pekerjaan.
Ketegasan Freen selalu menjadi alasaan utama untuk menghidupi Chankimha Company serta melindunginya dari apa jua situasi, kerana inilah salah satu hidupnya Freen. Segala penat lelah yang telah dikerah dari bapanya sudah berpindah kepadanya.
"Nam, aku nak kau tinjaukan beberapa projek terutamanya di Sadao. Kita harus bertumpu di sana dahulu untuk pembinaan jambatan kedua sebelum perdana menteri buat lawatan di sana." Nam mengangguk.
"Oh ya jangan lupa nanti kau minta hasil laporan dari William, aku nak tengok dah setakat mana peratus perkembangan di sana."
"Baik boss."
Freen menyilangkan kakinya di meja.
"Ada apa-apa lagi?"
"Tiada.. cuma tengah hari nanti aku akan jumpa Mr. Ounsa-ard dan untuk itu kau anjakkan jadual jika saja nanti ada kilen call, beritahu dia aku ada hal penting untuk diurus."
Nam pun memeriksa jadual yang akan diundur untuk hari ini dan memang benar Freen harus hadir untuk dua mesyuarat di Kanchanaburi. Mereka perlu bergerak ke sana seawal pukul 11.00 a.m. kerana akan mengambil masa selama 3 jam, itupun jika saja tiada kesesakan lalu lintas. Ini bermaksud mereka akan bermalam di sana nanti dan pulang pada hari esoknya.
"Kalau begitu kita akan berangkat di jam 2.15 petang." Freen mengangguk.
"Buatkan aku hot coffee."
Nam pun meminta diri sebelum keluar dari ruangan besar itu.
Freen mengambil remote tv lalu memilih siaran berita. Matanya fokus menonton sehinggalah munculnya berita gosip mengenai gadisnya. Malas mengambil tahu, dia pun menutup siaran tersebut.
Tangannya mengusap matanya yang terasa berat sambil menghembus nafas dengan kasar. Perlahan ia melelapkan mata dengan posisi dirinya bersandar pada sofa dan kaki masih di atas meja.
Di saat itu juga, smartphonenya berdering meminta untuk diangkat.
"Hi baby, sorry mengganggu. Daddy suddenly tukar masa, nanti malam kita dinner sama-sama okay, see you baby."
"Hmm see you.." balasnya malas.
"Nam, hari ni kita cancel saja meeting." Perintahnya pada Nam yang baru saja masuk menghantar kopi panas yang ia pinta.
"Tapi-.."
"Cancel saja semuanya Nam."
--------------
Blue Sky Rooftop Bar, BangkokSuasana pada malam itu sangat tenang dan angin juga tidak terlalu kuat, ia mendamaikan keadaan. Walaupun wajahnya tidak menunjukkan apa-apa ekspresi, tetapi hatinya tidak senang ketika pertanyaan mengenai pertunangan yang akan diadakan tak lama lagi. Sungguh tidak sabar sekali.

ANDA SEDANG MEMBACA
You Mean To Me
Romance"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...