HAPPY READING 🤍
Tepat pukul 9 malam, Freen sampai di penthousenya. Seluruh ruang di rumah itu gelap, hanya sedikit cahaya yang menerangi.Ruangan tv terbuka dan sekujur tubuh sedang berbaring mengiring di sofa panjang nan empuk itu. Sepertinya dia terlalu lena kerana kedengaran dengkuran halus, sehinggakan kedatangannya tidak gadis itu sadari.
Freen mendekatinya, melihat wajah yang sering membuat dirinya geram dengan sifat kekanakannya. Rambut yang menutupi muka diselipkan ke daun telinga. Oh, gadis itu mulai sedar.
"Hei..dah lama sampai..?" Bella bertanya dengan suara seraknya.
"No, baru saja."
Wajah cantik itu masih dipandangnya lama sehinggalah sebuah kecupan membuat ia sedar.
"Ada apa dengan muka i, hmm?" Bella tersenyum nakal.
Tanpa sepatah kata lagi, Freen mengangkat tubuh Bella dan refleks gadis itu melingkarkan tangan pada lehernya.
"Have you eat? Kalau belum i masakkan untuk you, kita makan sama-sama." Freen menggeleng.
"Tak perlu baby, i dah makan sebelum pulang tadi." Bella hanya mengangguk, mengiyakannya.
"You tidurlah di katil bukan di sofa."
"Kenapa..?"
Bella tidak mahu melepaskan pandangannya dari wanita itu. Sangat cantik dan ketampanannya juga ikut terserlah.
"Because it's uncomfortable.."
"...for you." Tambahnya.
Mereka menaiki anak tangga sambil berbicara sehinggalah sampai di bilik tidur. Bella mengajak Freen untuk ke The Halls Bangkok, dimana majlis pertunangan mereka akan berlangsung.
"I akan tengok jadual jika saja esok tidak sibuk, kita ke sana."
Gadis itu didudukkannya di sisi katil sementara dia mulai membuka butang bajunya lalu meraih bathrobe.
"Kenapa harus melihat jadual sedangkan you boleh saja-..."
"Syuhh.."
Mulutnya terhenti mengucapkan kata-kata saat Freen meletakkan jari telunjuknya di bibir, menyuruhnya diam.
"Kerana esok i ada meeting yang sangat penting tapi demi daddy and you, i harus pertimbangkan semula." Ujarnya sebelum menghilangkan diri masuk ke bilik mandi.
"Okay."
Ucapan itu berjaya membungkamkan Bella.
Freen kembali dengan pijama yang lengkap dengan kotak-kotak berwarna hitam putih. Gadisnya sudah berbaring menunggu dan seperti biasa mereka akan berpelukan kerana tabiat tidur Bella sendiri bukan dirinya.
----------------
"Phiwiiiitt!"
Siulan dari tiga orang lelaki tua, yang mungkin dalam usia 45 hingga 50 tahun itu, tidak dipedulikannya kerana sekarang yang ia peduli adalah waktu kerjanya. Habislah jika dia lambat lagi.
YOU ARE READING
You Mean To Me
Romance"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...