HAPPY READING 🤍
"Jauhi dia Freen atau kamu akan menjatuhkan maruah keluarga Chankimha."
"Mom-.."
"Kamu ingin merosakkan hubungan antara Chankimha dengan Ounsa-ard, macam tu? Kamu tahu kan seberapa banyak usaha daddy kamu supaya bussiness kita stabil dan berjalan lancar. Mommy tak mahu tahu lagi, kerja tetap kerja tapi jangan masukkan orang lain dalam kehidupan keluarga kita kalau Freen tak mahu keadaan menjadi semakin rumit."
"Freen mahu Rebecca digelar sebagai wanita perosak hubungan orang? Begitu?"
Flashback end
Sudah dua hari berlalu sejak dia menghantar wanita yang bernama Rebecca pulang. Di dua hari ini juga Freen mengelak untuk berjumpa dengan wanita itu meski hatinya meronta ingin bertemu kerana selama tempoh tersebut Nam lah yang menjadi jalan perhubungannya dan juga tukang info untuk tahu keadaan wanita itu.
Apa yang mommynya katakan pada dua hari yang lalu adalah benar. Tidak mungkin kan nanti Becky saja yang disalahkan sedangkan dirinya pasti akan diback up oleh keluarganya. Freen tahu bagaimana daddy dan mommy melindunginya.
Sehari saja lagi adalah hari pertunangannya dengan Bella. Tidak terasa hari berlalu begitu cepat.
Tok
Tok
Tok
"Masuk!"
"Selamat pagi boss, saya cuma ingin memaklumkan yang pagi ni kita akan pergi check tapak pembinaan."
"Oh, baiklah. Siapkan semuanya dan kita pergi sekarang."
"Baik boss."
Dan pada waktu bersamaan, Becky juga keluar dari ruangannya. Kali ini mereka bertembung. Freen tidak tahu bagaimana untuk bereaksi. Apakah dia harus senyum atau...?
"Jalan dulu Nam. I think i left something behind."
Nam yang seperti faham maksud dari Freen pun pergi meninggalkan dua manusia itu.
"Phi-.."
"Awak ikut untuk tinjau tapak projek, kan? Bagus. Saya tak nak melengahkan masa lagi, jadi kita perlu sampai dalam masa 15 minit ini." Ujar Freen dengan sekali nafas lalu mengayunkan kakinya.
"Phi Freen tunggu."
Langkahnya terhenti. Freen mengambil nafas sebelum berpaling melihat wanita itu. Debaran di hati tak pernah terputus. Kenapa wanita ini semakin cantik? Apakah kerana sudah lama tidak melihatnya, begitu? Tapi kan, baru dua hari.
"Ehm.. phi Freen, apa khabar? Baik-baik saja, kan?"
Becky lega. Lega melihat wanita ini dalam keadaan baik-baik saja. Jujur, rasa rindunya terubat sebaik saja wanita ini muncul di hadapannya kerana selama ini Nam yang bersamanya. Bolehkah jantung ini berhenti berdebar untuk orang yang tak mungkin. Sebenarnya, Becky tahu apa yang dibualkan antara Freen dan ibunya tempoh hari. Seketika dia merasa dikecilkan tapi mahu bagaimana lagi, takdir sudah tertulis. Oleh kerana demikian, dia hanya ingin tahu khabar wanita yang berada di hadapannya ini setelah dua hari mereka tidak berjumpa.

ANDA SEDANG MEMBACA
You Mean To Me
Romance"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...