HAPPY READING 🤍
"Irin.."
"Becky, tolong bersabar okay? Aku tahu kau kuat."
"Rin, hati ni sakit tau. Selama ni dia tak cakap dengan aku yang dia dan Bella akan ada anak."
"Ni.. Aku nak nasihatkan kau, lain kali mainlah dengan kasar. Kalau asyik bertarik tali sampai bila? Tengok sekarang-.. aduhh..!" Irin mengusap kepalanya yang baru saja ditampar oleh sahabatnya ini.
"Tak jadi sedihlah kau ni. Bagilah nasihat yang betul-betul. Ishh.." rungut Becky.
Irin membawa tangannya ke pipi sahabatnya lalu memainkannya dengan geram.
"Kau ni dahla cantik, comel pula tu dalam kalangan umat manusia tapi macam mana kau boleh kalah dengan Bella yang gedik tu? Heran aku."
"Aku tengah nangis kau main tarik-tarik pipi aku? Irin, can you please stop? Aku takde mood, tahu tak?" Ujarnya membuat Irin melepaskan tangannya.
"Aku cuma tak suka tengok kawan aku sedih. Aku cuma hiburkan kau. Tak baik larut dalam kesedihan yang tak berpenghujung. Freen dan Bella akan terikat dalam undang-undang tak lama lagi, anak mereka yang menjadi saksi percintaan dan kau pula menangis tentang dia yang tak pedulikan kau. Come on girl, hidup kena diteruskan."
Becky memandang sahabatnya itu lama. Awalnya, dia memang berniat untuk berhenti menangis disebabkan kelakuan Irin tadi. Tapi melihat sahabatnya memberi ulasan dan nasihat yang panjang lebar, Becky merasa terharu dan pada masa yang sama, dia sedih lagi. Dia harus menerima sebuah fakta yang menyakitkan. Freen akan benar-benar menjadi milik orang dan akan bergelar sebagai orang tua kepada anak-anaknya nanti. Memikirkan itu, tangisannya pun pecah dan menggema.
Irin panik kerana Becky tiba-tiba menangis kuat. Sudahlah sekarang ini mereka berada di taman, orang yang berada di sekitar pasti akan memandang mereka dengan tatapan aneh.
"Becky.. hei.. sudah-sudahla menangis tu hei.."
'Matilah aku kalau macam ni. Mesti orang fikir akulah puncanya.' Gerutunya dalam hati.
"Bec.. orang tengok tu. Kau tak malu ke nangis depan orang hah?" Irin cuba menenangkan sahabatnya agar memberi kerjasama untuk berhenti menangis dan membuatnya terlihat bodoh.
"Kita balik okay? Kau boleh nangis sepuasnya kat rumah, jom."
Kemana lagi hatinya ingin berserah. Becky tidak tahu. Mungkin dia akan berhenti dari dunia percintaan. Hatinya hancur remuk ketika Freen sendiri mengaku bahawa dia dan Bella pernah bersetubuh.
Pada ketika ini, Becky sedang memasak air untuk membancuh kopi susu agar dia bertenaga lagi.
"Nong Bec!"
Suara itu dan sentuhan di bahu amat mengejutkannya sehingga tangannya terkena pada jug kettle yang panas.
"Auchh!"
Becky lagi-lagi terkejut kerana jarinya yang terkena jug kettle tadi sedang dihisap oleh manusia yang bernama Freen. Dia terkedu ketika rasa dingin pada jarinya sehinggalah wanita itu melepaskan tangannya.
YOU ARE READING
You Mean To Me
Storie d'amore"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...