37

327 39 5
                                    

HAPPY READING 🤍

"Macam mana, dok?"

"Saya dapati yang kakinya terseliuh but luckily ianya tak terlalu parah, hanya perlukan beberapa hari saja untuk sembuh."

"She is okay, right?" Anggukan dari sang doktor memberikan kelegaan.

"Pesakit dalam keadaan baik-baik saja, cuma saya sarankan agar anda untuk sentiasa berada di sisinya sebab dia mengalami sedikit syok atas tragedi yang menimpa. She needs a good rest."

"Baiklah, terima kasih doktor."

"Sama-sama. Kalau begitu, saya minta diri dulu, khun Freen." Balas doktor dengan senyuman.

Freen pun masuk ke dalam vip room, di situ Becky terbaring dengan kakinya yang dibalut dengan perban. Freen menatap sayu melihat keadaan wanitanya. Terdapat beberapa goresan luka pada tangan dan kaki Becky. Lalu Freen menghantar mesej kepada Nam dalam bentuk arahan. Angelo harus mendapatkan hukuman yang setimpal kerana Freen tidak akan melepaskan lelaki itu hidup-hidup atas apa yang dia lakukan terhadap wanita yang menjadi mangsanya.

"Phi Freen..."

"Nong Bec.." Freen mengusap lembut pergelangan tangan Becky.

"Jangan bergerak dulu, nong." Becky mengernyit hairan.

"Ada sesuatu di rambut awak." Becky diam tatkala Freen bergerak mendekatinya. Mungkinkah itu nyamuk?

Cup

Dahinya terasa basah. Freen hanya tersengih.

"Pandai eh curi kesempatan."

"I'm just kissing my woman, can't i?"

Pipi Becky bersemu merah.

"I'm so glad i found you." Tambah Freen lagi lalu menggenggam erat dan memberi kucupan di tangan Becky.

Sebuah kenyataan bahawa Freen telah sah menjadi milik Bella membuat senyuman Becky yang tadinya merekah mulai luntur.

"Alangkah baiknya jika phi balik." Ujar Becky kemudian lalu memalingkan wajahnya. 

"Hmm?"

Becky tidak menjawab. Tangannya meremas hujung selimut yang menyelimuti separuh badannya.

"Saya akan berada di sini dengan awak dan saya takkan pergi mana-mana. Awak adalah tanggungjawab saya, nong."

Becky memejam matanya, menarik nafas. Otaknya bekerja keras menyusun ayat untuk menyuruh wanita tampan itu pulang.

"Becky-.."

"Please, jangan membatasi pergaulan. Saya bukan boneka." Freen bingung. Dia masih tidak faham dengan ucapan itu.

"Tapi kita-.."

"We are co-worker. Kita hanya terikat dalam projek kerjasama." Potong Becky.

"But we are more than that, Becky. We are lovers who love each other."

You Mean To MeWhere stories live. Discover now