HAPPY READING 🤍
Freen pov
Aku berbaring dengan kepalaku yang berbantalkan lengan sambil merenungi siling dan tanganku yang satu lagi berada di atas perut. Kejadian tadi berputar kembali di dalam kepalaku. Macam mana aku boleh tergoda dengan Bella? Aku yakin dia telah menyusun rancangan supaya aku menjadi miliknya sepenuhnya.
Becky.
Dengan tangkasnya jariku mendail nombornya. Pasti dia hairan, kan?
Aku paling terkejut ketika dia tiba-tiba menelefonku tapi aku dengan senang hati menjawabnya.
Ah, suaranya sungguh merdu dan aku ketagih mendengarnya. Dia adalah orang yang satu-satunya boleh membuat suasana hatiku tenang pada saat ini.
Panggilan pun berakhir. Aku pun bangkit untuk mandi, menyegarkan badan dan selesai setelah 10 minit. Tidak lama, telefonku berbunyi ketika aku selesai dengan urusan di bilik mandi. Rupanya daddy menanyakan keberadaan ku. Aku cuma memberitahunya bahawa aku sedang keluar sebentar tapi sebenarnya aku berada di hotel.
Esok adalah hari dimana aku akan bertunang dengan Bella. Aku ingin menamatkan semuanya dengan segera tapi lebih baik aku bersenang-senang dulu. Satu-persatu akan aku kuak sebelum kami benar-benar mengikat hubungan yang sah.
Normal pov
Pagi pun menjelang. Cuaca juga terlihat cerah tapi ada sedikit mendung di hujung sana. Becky bangun dari tidurnya. Pada masa yang sama, mae datang membantu anaknya ke bilik mandi.
"Mae nak siapkan sarapan, Becca boleh mandi sendiri, kan?"
"Becca bukan budak lagi, mae."
"Baguslah, nanti kalau ada apa-apa Becca panggil saja mae, okay sayang." Becky mengangguk.
Dia pun berendam di dalam bathub yang sudah pun diisi dengan air hangat walaupun pergerakannya agak terbatas dengan kakinya yang satu digantungnya di atas bathub agar tidak terkena air.
"Tck hidup menyusahkan je."
Selesai berendam, dia pun keluar lalu bersiap. Hari ini sudah pasti dia hanya akan berdiam di rumah dengan ibunya. Pergi keluar rumah juga belum tentu dapat disebabkan keadaannya yang sekarang.
"Anak mae dah bersiap rupanya. Mari makan." Ujar sang ibu sambil membawa sedulang sarapan.
Becky sangat menikmati masakan ibunya yang sepertinya sudah lama tak dicicipi.
"Lepas ni mae nak ke pasar basah kejap. Ni, ada apa-apa yang Becca nak mae belikan?"
"Emm.. nothing mae."
"Baiklah. Ini habiskan, tak baik membazir." Becky mengangguk dengan mulut yang sibuk mengunyah.
"Anak mae dah dewasa tapi masih kelihatan bayi." Ujar ibunya lalu mengusap kepala anak bujang satu-satunya.
"Awet muda macam mae."
"Kamu yang belum tua apanya yang awet. Kalau mae memang awet muda pun."
ANDA SEDANG MEMBACA
You Mean To Me
Romance"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...
