24

748 46 8
                                    

HAPPY READING 🤍

"Hai Becky." Seorang wanita melambai ke arah Becky yang kini masuk ke dalam lift bersamanya.

"Songjet."

"Macam mana dengan keadaan kau sekarang? Dah sihat?"

"Ya, kalau tak memang tak turun kerja la sebab terperap lama dalam rumah." Ujarnya dengan tawa kecil.

"Mesti bosan kan, tak dapat pergi mana-mana pula tu." Becky mengangguk.

"Eh, kau dah ucapkan tahniah kat khun Freen? Dia dah selamat jadi tunang orang. Tak sangka boss yang selama ni selalu tunjuk muka dingin dan sombong tu akhirnya bertunang. Hmm kalah dengan aku yang masih single ni.." wanita itu mempamerkan wajah sedihnya dengan menjuihkan bibirnya.

"Kau kena sabar tau, siapa tahu nanti ada yang tertarik dengan kau. Kalau kau nak, boleh je install apa-apa dating apps. Kot-kot dapat jodohnya kat situ."

Songjet memetik jarinya tiba-tiba.

"Betul juga eh, kenapa aku langsung tak terfikir benda tu?"

"Awak.. janganlah ketinggalan zaman, awak." Becky menggelengkan kepalanya melihat tingkah rakan se-officenya ini.

"Hehe.. tak, aku cuma tak terfikir sebab orang selalu cakap yang jodoh tu akan datang dengan sendirinya bila kita dah bekerja. Jadi aku, macam ni je lah. Haa macam tu.." Becky tersenyum mendengarnya.

Ting!

"Eh, aku pergi dulu. Nanti masa lunch aku panggil kau, okay."

Selepas Songjet, Becky akhirnya kembali ke ruangannya setelah beberapa hari mengambil cuti sakit. Pandangannya terarah pada tempat pemilik Chankimha Company. Lampunya sudah menyala menandakan orangnya telah sampai. Sudut bibir Becky naik sedikit. Dan ketika dia ingin berbalik masuk ke ruangannya,.....

"Nong.."

Panggilan tersebut membuat Becky berpaling. Freen sedang berdiri di ambang pintu. Mata mereka juga saling bertemu.

"Hai.. phi Freen.."

Wanita yang disapanya itu kemudian berjalan ke arahnya. Tangannya naik ke udara dan Becky sudah memejamkan matanya ketika merasa tangan wanita itu menyentuh pipinya.

"Sekarang lebih rapi." Becky mengerutkan dahi lalu membuka matanya.

"Hah?"

"Itu.. ada rambut yang menghalang muka awak. Now it's better and i can see your beautiful face." Ucapan Freen sambil tersenyum menawan membuat Becky tersipu malu. Apatah lagi dia sempat berfikir jika wanita itu akan menciumnya. Shit, pemikiran yang kolot sekali.

"Erhh.. phi, i think it's too much untuk bercakap sedemikian. Tidak ada rambut yang menghalang, hanya phi yang berlebihan."

"Nope. Ianya menghalang pandangan saya." Freen bergerak selangkah ke depan.

Lagi dan lagi, Becky menjadi gugup dan mengundur sedikit ketika Freen tiba-tiba mendekatkan jarak mereka. Becky hampir tersalah langkah tapi Freen adalah orang yang cekap. Tangannya melingkari pinggang wanita itu dan dibawanya ke dalam pelukan.

You Mean To MeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang