HAPPY READING 🤍
Becky bersandar pada pintu dengan air matanya yang kembali mengalir. Sesak di dada membuat dirinya tidak tahan untuk mengeluarkan suara tangisan namun ia tetap menutup mulutnya dengan tangan.
"Good night, love!"
Ingin saja dia menahan wanita itu daripada pergi tapi sebuah kenyataan pahit bahawa Freen telah menjadi suami kepada Bella menghentam kepalanya membuat ia harus sedar dan menerima fakta tersebut.
Mungkinkah benar, anak yang dikandung Bella adalah anak Freen. Jika ya, kenapa Freen selalu mengatakan bahawa anak tersebut adalah anak orang lain? Freen sepatutnya menolak perkahwinan itu dan lari kepadanya tapi kenapa kejadian di sebaliknya yang berlaku?
Lama dia duduk bersandar, tiba-tiba ketukan di pintu mengejutkannya. Becky masih tiada tenaga untuk menyahutnya.
Kerana tidak ada jawapan dari sang pemilik, pintu itu diketuk lagi.
"Pergi phi.. tolonglah.." suara Becky semakin mengecil. Tak lama, dia akhirnya tumbang lalu tertidur.
_________
Di sebuah kafe, Freen duduk menikmati kopinya sambil menunggu kedatangan Irin. Sesekali dia melihat jam di tangannya dan melihat telefonnya, kot-kot Becky membalas mesejnya. Namun tiada.
"Hai, maaf saya agak lambat sikit. Tadi ada jammed." Beritahu Irin lalu dia pun duduk berhadapan dengan Freen.
"Terima kasih sebab sudi datang dan maaf sekiranya saya menyita masa anda." Ucap Freen.
"Tidak apa, lagi pula ini ada kaitannya dengan keselamatan Becky. Jadi, saya akan cuba bantu khun Freen."
"Baiklah.. Ehmm.. macam ni.. Irin, saya nak tahu kalau-kalau Becky ada dekat dengan siapa-siapa? Di tempat kerja? Atau dari mana-mana?"
"Setahu saya, sebagai seorang sahabat, Becky jarang bersosial dengan mana-mana orang, kecuali hal-hal penting."
"Is anyone try to flirt with her? Atau.. ada orang yang pernah sukakan Becky? Tak mungkin tidak ada." Sangat sukar untuk dipercayai jika wanita secantik Becky tidak ada orang yang tertarik akan kecantikannya yang mempesona. Bahkan dirinya saja jatuh cinta pada wanita itu pada pandangan pertama, hanya saja dia rasa ragu pada mulanya sebelum akhirnya yakin jika Becky adalah wanita yang dia inginkan.
Irin tampak memikirkan sesuatu.
Pap!
"Saya baru teringat yang sorang ni. He is such a crazy guy. Saya pun tak tahu sangat tapi dia selalu bertukar pasangan. Dia pernah menyasarkan Becky but luckily Becky tak nak dengan dia. "
"Who is him?"
"Angelo." Bisik Irin.
Freen terus menghubungi Nam untuk menyiasat latar belakang Angelo dan memerhatikan gerak-gerinya.
"Ada siapa-siapa lagi?" Irin menggeleng.
"Tak banyak yang obses macam dia." Ujar Irin.
"Tapi apa kaitannya dengan sahabat saya?" Tanyanya dengan wajah yang sedikit bingung.
Freen menceritakan tentang seseorang yang misteri yang ia lihat semalam. Irin yang mendengarnya terlihat terkejut sehingga menutup mulutnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
You Mean To Me
Romance"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...