8

486 37 1
                                    

HAPPY READING 🤍

Bukan pertama kali Becky dilanggar sengaja oleh staff lain. Dia sering dituduh melakukan kesalahan yang bahkan bukan dirinya perbuat. Ya, dia memang manusia biasa ada melakukan kesilapan tapi bukan pada hal yang remeh seperti yang terjadi sekarang. Kertas-kertas yang dipegangnya jatuh berterbangan akibat dilanggar dari arah belakang. Bukannya meminta maaf malah Becky yang dipaksa untuk memohon maaf.

"Hei. Kau buta ke apa? Tengok, habis laporan kerja aku basah. Minta maaf sekarang..!"

'Amboi minah ni.' Dalam hatinya sudah geram. Tangannya berkepal erat namun dia harus cepat mengutip balik kertas kerjanya. Segala lukisan pelannya ada di situ. Selesai mengutip, dia pun berdiri.

"Tiada manusia yang matanya tercipta di belakang. Aku bukan Tuhan yang boleh perhatikan kau dari segala arah dan yang pastinya, Tuhan lebih tahu siapa yang salah. Tanyakan saja semua orang di sini."

Pass sekali. Becky berjaya membungkam mulut perempuan gedik di hadapannya itu.

"Kau-.."

"Oh lagi satu.. yang kau lari kenapa? Tak pernah aku dengar orang berlari memandang ke bawah. Kalau nak ke garisan penamat pun kau mesti tengok depan, betul tidak? Jadi aku nak persoalkan kau balik, siapa yang buta di sini, aku atau kau?"

Malas menunggu, Becky pun melangkah dengan gaya seorang pemenang kerana orang bodoh saja yang dibutakan dengan fakta.

Shit. Baru setengah hari, nasibnya sudah malang. Bajunya basah di bahagian bahu. Perempuan tadi telah menumpahi air kopinya sendiri jadi kenapa dia yang harus dipersalahkan? Gila mungkin.

Kerana tiada pilihan lain, dia pergi ke tandas untuk membuka bajunya meninggalkan bra putih yang membalut payudara. Untung seluarnya tidak kena. Beberapa helai tisu dicarik untuk menghilangkan noda hitam di baju pinknya itu. Silap hari dia memakai baju berwarna. Kalau saja bajunya warna hitam, pasti dia tidak perlu untuk bersusah payah sebegini.

"Becky..! Ya ampun.. apa yang telah terjadi ni? Astaga. Bra kau nampak kawan tak malu ke nanti orang tengok?"

Kebetulan sekali Irin datang. Kejap, bukan kebetulan tapi Becky yang menyuruhnya ke sini melalui chat line.

"Kau tak apa-apakan?"

Becky hanya memutar bola matanya malas.

"Irin."

"Apa?"

"Stop. Kepala aku pening." Secara automatik, Irin berhenti memutar-balikkan badan sang sahabat semata-mata untuk memeriksa jika ada yang terluka.

"Sekarang kau cerita. Apa yang berlaku kat kau?" Irin mencekak pinggang.

"Minah tu cari pasal lagi. Terang lagi bersuluh dia yang bersalah. Aku tak tahupun dia datang dari arah belakang tapi aku yang kena." Becky menunjuk diri sendiri.

"OMG. Cuba saja aku kat situ tadi, aku nak lempang muka dia."

"Dia cop aku buta kot. Apa dia ingat aku ni robot boleh pusing sana-sini tengok orang? I am human okay."

"Kau tengok sekarang siapa yang jadi mangsa kat sini. Habis basah baju aku gara-gara air kopi dia.." ujarnya sedih melihat bajunya basah lecun.

You Mean To MeWhere stories live. Discover now