HAPPY READING 🤍
Becky sepatutnya merasa gembira akan kehadiran Freen yang datang menjenguknya. Tapi perasaannya bercampur-baur. Tadi, Freen sempat membelikannya minuman milktea dan rasanya sedap. Wanita itu seakan mencari cara untuk membuat ia tertarik namun Becky melayannya endah tak endah. Lagi pula, kenapa dia perlu mencium wanita itu di tempat yang ramai orang?Kini, Becky memilih untuk menyendiri. Sebaik saja pulang, dia mengurung diri dan menyuruh ibunya untuk tidak mengganggu. Salah dirinya kerana tidak membenarkan Freen untuk melangkah masuk ke dalam apartment, walaupun ibunya memberi teguran kerana tidak baik menolak tetamu. Namun dia yang tetap berkeras sehingga membuat Freen hairan sekaligus terkejut melihatnya.
"Nong-.."
"Maaf khun, rumah ini bukan tempat untuk orang yang sudah bertunang. Khun Freen boleh pergi."
"Becca? Kamu kenapa nak?"
"Tidak ada apa mae.. cuma-.."
"Cuma apa? Mae tak ajar kamu macam ni. Tetamu itu adalah sesuatu yang terhormat bagi kita. Freen bukannya orang asing lagi."
"Becca tahu mae. Cuma di sini, khun Freen adalah tunang orang dan Becca masih bujang. Nanti apa kata orang? Becca perampas, macam tu?" Katanya sampai membuat ibunya menganga.
"Nong, saya datang ke sini untuk bertanya khabar dan melihat keadaan awak kerana awak juga masih dikira dalam tanggungjawab saya."
"Saya dah sihat khun Freen, jadi khun boleh pulang saja. Saya taknak terjadi apa-apa fitnah antara kita dengan orang luar. So, please.."
"Nong-.."
Becky terus menaiki tangga menuju ke biliknya, meninggalkan ibu yang masih bersama dengan Freen di bawah.
"Maafkan anak aunty ye nak, aunty faham sangat-sangat apa yang dia tengah alami."
"Freen okay saja aunty. Kalau macam tu, Freen pergi dulu."
"Eh, tunggu. Singgahlah dulu, alang-alang kamu di sini, bolehlah temankan aunty minum-minum sambil kita bercerita."
"Baik aunty."
Flashback end
"Becca.."
Becky yang pada saat ini merenungi ke luar jendela dan sedang menikmati kicauan burung pun menoleh ke arah pintu. Ada sosok ibunya yang sedang berdiri di ambang pintu.
"Becca tak marah kan kalau mae masuk?" Tanya ibu Becky. Melihat anaknya menggeleng, dia pun menghampirinya.
"Kamu kenapa melamun? Mae dah banyak kali panggil untuk turun makan tak berjawab." Becky hanya tersenyum pahit.
"Sekarang masa untuk makan malam sayang, jom turun. Tak baik tinggalkan perut kosong, tau. Nanti enjin dalam perut tu nak makan apa? Mae dah siapkan makanan, meh."
Becky menuruti ibunya. Dia tidak mahu banyak bercakap kerana moodnya sudah hilang sebaik saja Freen pergi. Energy boosternya sudah terbang ke angkasa tiga hari yang lalu.
Selesai makan malam, kedua anak-beranak ini kini berada di ruang tamu menonton drama. Ibu Becky sedar anaknya tiba-tiba menjadi seorang yang pendiam. Sungguh, dia tak biasa bila suasana di rumah ini mendadak sepi. Wanita separuh baya itu bingung anaknya mahu apa. Freen yang datang tadi juga dihalau. Bukankah sosok itu yang anaknya sering sebut dan dirindukan. Sekarang siapa yang akan menghibur anaknya ini? Tidak mungkin kan, dia yang sudah lanjut usia menari-nari di hadapan anaknya demi menghibur wanita yang sedang dalam fasa tumbuh dewasa? Ishh tak boleh jadi ni.
YOU ARE READING
You Mean To Me
Romantik"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...