38

346 41 1
                                    

HAPPY READING 🤍

"Aku dah kata, doktor tak kan bagi kau balik." Irin melabuh punggung di katil Becky.

"Habis tu macam mana? Aku tak nak nanti Freen datang."

"Dah tu, kau nak larang dia? Becky, untuk kebaikan kau, lebih baik kau duduk dulu kat hospital ni. Belum sampai sehari kaki kau tu nak sembuh."

"Tapi..." bukan Becky namanya kaau tidak dengan puppy eyes. Irin memegang kepalanya yang mulai terasa pening dengan tingkah sahabatnya.

Dua orang manusia terlihat mengintip dari balik tembok.

"Are you ready?"

"Yes."

Irin memakaikan mask untuk dirinya dan Becky lalu menarik nafasnya dalam-dalam. Berharap misi haram mereka berjaya.

Irin mendorong kerusi roda yang diduduki oleh Becky. Rasa gementar datang bila mereka melalui paramedik.

"Hei, kau tahu tak desas-desus sekarang ni?"

Irin terperanjat setengah mati. Tiba-tiba saja seorang jururawat lelaki menyapanya ketika berada dalam lift.

"Eghh.."

'Fikir Rin, fikir..!'

"Belum tahu eh? Sini aku beritahu. Doktor Lee tu, untuk pertama kalinya dia gagal dalam pembedahan jantung. Selalunya dia tak macam ni."

Irin hanya mengangguk terpaksa.

"By the way, ada nampak Dani tak?" Irin menggeleng pantas.


Sebaik saja pintu lift terbuka, Irin terburu-buru menolak kerusi roda dengan keadaan Becky yang seolah-olah tidur.

"Maaf." Tunduk Irin lalu keluar. Jururawat lelaki itu hanya terkebil-kebil dengan tangan yang terangkat seperti ingin menahan Irin namun terlambat.


"Kau layan dia kenapa?" Becky bersuara.

"Kalau aku tak layan, mahu dia curiga. Ni pun nasib dia tak tanya yang bukan-bukan." Akhirnya mereka berjaya keluar melalui pintu belakang. Namun Irin harus tetap berwaspada, takut-takut orang melihatnya dan menangkap mereka. Semuanya demi Becky.

Freen yang baru saja sampai ke hotel untuk berehat, tiba-tiba menerima panggilan dari hospital.

"Apa?! Macam mana dia boleh hilang?!"

Tanpa menunggu lama, Freen kembali masuk ke dalam perut posrche kesayangan lalu bergegas ke hospital.

"Maaf di atas kelalaian kami khun Freen tapi ada satu pelawat yang kami syak telah membawa pesakit pergi."  Sang doktor pun memberi senarai nama pelawat kepada Freen.

"Irin.."

"Awalnya suspek meminta kebenaran untuk membawa pesakit pulang tapi pihak kami tidak mengizinkannya. Mungkin dari situ suspek diam-diam membawa pesakit pergi. Maaf sekali lagi, khun." Doktor tersebut memberi tundukan sebagai tanda hormat dan permohonan maaf.

You Mean To MeWhere stories live. Discover now