34

305 36 1
                                    

HAPPY READING 🤍


"Anak tak kenang budi! Cakap! Siapa upah kau hah?!"

"Encik, saya peringatkan sekali lagi untuk menjaga sikap dan bicara ketika sedang dilawat..!"

Mr. Ounsa-ard kini digari oleh pihak polis. Keadaannya agak tidak terurus dengan luka di hujung bibir kerana tadi sempat bergaduh.

"Disebabkan kau anak aku jatuh sakit. Kau dah mempermalukan seluruh keluarga Ounsa-ard!" Pemuda yang duduk berhadapan dengannya menyunggingkan senyuman.

"Tidak ada sesiapa pun yang mengupah, daddy. Billy cuma membantu orang yang memerlukan bantuan Billy." Ucapan itu menambahkan rasa panas di dalam hati Mr. Ounsa-ard.

"Billy.. kau ingat kau masih akan dapat hidup dalam kemewahan? Kau ingat kau akan dapat semua harta daddy? Tidak sayang."

"Tak perlu bimbang, daddy. I still have mine. Daddy mungkin lupa, Billy masih ada bisnes halal yang lain selain menjadi anak kepada menteri kewangan yang kuat berasuah. Mommy juga tak perlu lagi berlakon jadi isteri baik." Ucap Billy dengan senyuman menyeringai. Mr. Ounsa-ard semakin menggertakkan gigi.

"Penat." Billy membuat mimik muka sedih. Dia pun berdiri.

"Oh ya, nanti akan ada orang yang nak kirim salam pada daddy. Bye-bye."

Mr. Ounsa-ard menjerit memanggil nama Billy. Polis tahanan yang berjaga di situ mengheret lelaki tua itu untuk kembali masuk ke dalam sel penjara.

Billy melangkah keluar dengan bibir yang tersenyum puas.

"Ini. Selebihnya kau minta dari Tuan Chankimha." Seorang lelaki menunduk hormat pada Billy sebelum berlalu pergi.

Kini, Billy tiba di rumahnya. Rumah hasil usahanya menjadi pemain golf dan berkat dari kerja kerasnya dalam berbisnes.

Satu foto keluarga yang terletak di atas meja membuat tatapan Billy berubah sayu. Keluarganya sudah tidak seperti dulu, hidup bahagia dan selalu memartabatkan definisi kekeluargaan. Tapi semuanya punah bila sang ayah terlibat dalam kongsi gelap dan rasuah. Apatah lagi dengan kedudukan ayahnya sebagai menteri kewangan membuat rakyat tidak puas hati.

"Maaf dad, Billy buat ni semua untuk bersihkan nama keluarga dan demi kebaikan daddy." Billy berharap ayahnya akan menyesali perbuatannya dan berubah.

_________

Becky memandang tangannya yang dipegang erat oleh insan yang dia ingin sekali tampar.

"Lepaskan saya phi Freen."

Freen mengernyit hairan.

"Awak kenapa nong? Awak nak pergi mana?" Sudah tentu Freen rasa pelik kerana wanita ini berkeras ingin masuk ke dalam teksi sedangkan tempat untuk dinner date mereka di hadapan ini. Tapi tunggu.. Becky menangis? Sebutir mutiara telah jatuh ke pipinya. Freen tidak habis fkir. Apa yang berlaku?

"Lepaskan saya phi, i beg you." Becky masih cuba untuk melepaskan genggaman.

"You just cry..? What happened?" Bukannya melepaskan genggaman, Freen malah mendekatkan tubuh wanita itu ke arahnya lalu mengusap wajah Becky dengan lembut.

You Mean To MeWhere stories live. Discover now