HAPPY READING 🤍
Becky pov
Aku menyambut piring kosong yang dihulur oleh salah satu ex-classmate dan aku tersenyum, mengucapkan terima kasih kepadanya.
Makanan yang terhidang terlihat enak. Tanganku memdadak gementar. Aku menelan air liurku dan perutku berbunyi tanda lapar. Sudah dua bulan berlalu dan aku baru ada keinginan untuk makan banyak. Aku memegang perutku.
'Maafkan mommy sayang, mommy janji lepas ni mommy makan banyak-banyak.' Aku rasa bersalah terhadap janin yang sedang membesar dalam rahimku. Benar kata Irin, Freen pasti mengamuk jika dia dapat tahu yang aku jarang makan selama ni.
Deg
Hatiku tiba-tiba berdenyut sakit seolah-olah sesuatu telah terjadi. Tidak tahu kenapa tapi petanda apakah ini? Seketika telingaku berdesing hebat dan kepalaku pening ditambah lagi perut yang lapar membuat aku ingin pitam.
Pranggg!
Piring di tanganku terjatuh.
Aku baru saja berjalan selangkah namun tubuhku terasa berat seakan tidak dapat menampung berat badanku dan akhirnya aku tergeletak ke bawah.
End pov
"Becky.. Bangun Becky.." Irin menepuk perlahan pipi Becky agar wanita itu tersedar. Becky masih tergeletak di atas lantai dan Irin memangku kepalanya.
"Bec.. bangun please.."
"Becca! Irin, apa yang berlaku?" Irin memandang ibu dan ayah Becky dimana wajah mereka menampilkan riak kerisauan.
Baru saja Irin ingin menjawab, seorang lelaki iaitu rakan sepejabat mereka terlebih dahulu berkata.
"Kita bawa dia pergi hospital-.."
"Biar saya yang hantar dia. Mungkin Becky perlukan rehat.." pintas Irin.
"Pho, mae, ikut saya." Kemudian Irin meminta bantuan dari dua orang perempuan untuk membantu membawa Becky masuk ke dalam keretanya. Tidak mungkin Irin menyuruh lelaki menyentuh badan Becky, tidak akan sesekali.
-
Hospital Bangkok
Seorang doktor wanita menyimpan stetoskopnya dan baru saja habis memeriksa Becky yang terbaring di atas katil. Sebelum doktor tersebut membuka mulut, Irin yang berdiri di belakang ibu dan ayah Becky terlebih dahulu memberi isyarat seperti 'zipkan mulut'. Doktor itu mengangguk kecil tanda faham.
"Macam mana dengan keadaan anak kami, dok? Tak ada apa-apa yang buruk berlaku, kan?"
"Ya, dia baik-baik saja. Tidak ada yang serius. Hanya saja saya sarankan supaya pesakit berehat secukupnya dan perlu makan banyak agar stamina dia kembali kuat." Ujar sang doktor dengan suara yang tenang.
Ibu dan ayah Becky menghembus nafas lega.
"Syukurlah, tak terjadi apa-apa. Terima kasih doktor." Ucap ayahnya Becky.
"Anak kalian akan sedar. Buat masa sekarang, kita biarkan pesakit tidur dan berehat. Jika ada apa-apa nanti, boleh panggil saya. Saya minta diri dulu, tuan puan."

ANDA SEDANG MEMBACA
You Mean To Me
Lãng mạn"hanya kamu yang aku mahu nothing else, i promise" Sombong? Gelaran yang tidak pernah ia minta kerana sudah melekat pada dirinya. Namun ketika seorang gadis hadir dan berjaya mengetuk pintu hati, semuanya berubah 360°. Tetapi akankah sebuah takdir t...